Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Karnival Jualan Pengguna; Rahmat Buat Pengguna

By 27 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman (Kulim)

KULIM, 27 Apr (Malaysiaaktif) – Penduduk sekitar Kulim hari ini dapat menikmati jualan murah sempena Program Jualan Rakyat di Karnival Jualan Pengguna – Jom Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Kedah.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Pejabat Parlimen Kulim Bandar Baharu ini memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati barangan keperluan harian pada harga murah.

Menurut Menteri KPDNHEP Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, antara barangan yang dijual di sini adalah ayam segar, telur ayam, tepung gandum, gula, minyak masak, beras dan pelbagai barangan keperluan harian lain.

Pelbagai jenis barang keperluan harian dijual pada harga murah pada karnival ini.

Pelbagai jenis barang keperluan harian dijual pada harga murah pada karnival ini.

“Jualan happy hour turut diadakan bagi memberi lebih banyak penjimatan kerana barang-barang dijual dengan harga lebih murah dari harga biasa,” katanya ketika hadir sempena karnival di Dataran Kulim, di sini hari ini.

Sementara itu, pengunjung karnival Mad Saad Man, 68, berharap program seumpama ini dapat dilakukan dengan lebih kerap bagi memberi kemudahan kepada rakyat terutamanya yang kurang berkemampuan.

“Program seperti ini patut dilaksanakan tiap-tiap bulan kerana pengguna dapat membeli barangan keperluan harian dengan harga yang murah dan berpaututan,” ujarnya.

Sementara itu, Jamaliah Juri, 57, berkata dengan mengadakan jualan murah ini pengguna mampu merancang perbelanjaan dan dapat berjimat.

-SH

Tinggalkan komen anda