Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

One-Stop Help Center (KAWAN) Permudah Urusan Rakyat

By 16 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto: Khairul Annuar Zulkernain/ Mohd Nurullail A Rahman

ALOR GAJAH, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Kerenah birokrasi untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan sering dikatakan menjadi permasalahan yang selalu dihadapi oleh rakyat.

Menurut Pegawai Daerah Alor Gajah, Rahizi Ranom, untuk merakyatkan perkhidmatan awam, satu program berbentuk pusat sehenti untuk semua perkhidmatan kerajaan telah diadakan.

“Program One-Stop Help Center atau KAWAN ini adalah inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memastikan penduduk luar bandar mudah untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan yang mereka perlukan.

Penduduk setempat yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan One-Stop Help Center (KAWAN).

Penduduk setempat yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan One-Stop Help Center (KAWAN).

“Saya berharap agar hubungan kerajaan dengan rakyat terutama di kawasan luar bandar dapat dipertingkatan dan perkhidmatan kerajaan akan lebih cemerlang dalam menyatuni rakyat”.

Penduduk setempat, Saidah Hitam, 48, berkata program ini sangat menepati kehendak rakyat luar bandar kerana memudahkan urusan mendaftarkan nama bagi mendapatkan perkhidmatan kerajaan.

“Saya telah berdaftar dibawah e-kasih dan ingin menyertai skim i-Suri dibawah kelolaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan perlu pergi ke cawangan KWSP terdekat. Maka, apabila program seperti ini diadakan, sudah pasti dapat memudahkan saya kerana KWSP sendiri yang datang ke tempat saya untuk menerima pendaftaran i-Suri.”

Majlis telah diadakan di Dewan Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Taboh Naning Sabtu lepas dan turut dihadiri oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Burhanuddin Bachik, Penyelaras DUN Taboh Naning, Zairi Suboh dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah, Ansharey Matarsad.

 

-KN

Tinggalkan komen anda