Skip to main content
Berita TempatanHomePahang

Paluan Gendang 37 Jam Pecah Rekod

By 24 April 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Pai Syahira Yahya (Pahang)

KUANTAN, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Paluan gendang selama 37 jam oleh 300 peserta penggendang silat dari seluruh Pahang berjaya memececah ‘Malaysia Book of Record’ sempena Pesta Silat Nusantara 2019 yang berlangsung di Berjaya Megamall, Kuantan.

Pencapaian rekod terbaharu tersebut sekaligus memotong rekod terdahulu selama 24 jam di Perak pada tahun 2013 dan melebihi sejam daripada sasaran awal selama 36 jam.

Selain itu,  lima lagi acara seperti  Seni Silat Asli, Pertandingan Silat Tanding Antarabangsa, Seni Tanjak Nusantara, Pameran Mistik Melayu Nusantara, dan demonstrasi unik penguruan silat turut dipersembahkan pada pada kejohanan ini.

Antara peserta pertandingan silat yang disertai oleh 35 pasukan daripada 8 buah negara

Antara peserta pertandingan silat yang disertai oleh 35 pasukan daripada 8 buah negara

Penganjuran Pesta Silat Nusantara 2019 pada kali pertama berlangsung selama 3 hari di Pahang bermula dari 18 April hingga 21 April melibatkan lebih 1000 peserta silat dari 8 buah negara seperti Belanda,  Kepulauan Riau, dan Turkistan.

Festival anjuran Persatuan Silat Negeri (PESAKA) Pahang pada kali ini turut disertai  Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Setiausaha Agung PESAKA Pahang, Datuk Osman Nok, “Silat adalah wadah penyatuan bangsa melayu dan menjadi benteng pertahanan Negara”.

Peserta Silat jemputan

Peserta Silat jemputan

Tambahnya melalui seni persilatan dapat mewujudkan semangat cintakan agama, bangsa dan negara selain memupuk semangat cintakan dan menghormati raja-raja Melayu selain membentuk dispilin kepada pesilat.

Kali terakhir Pesta Silat Nusantara diadakan ialah pada tahun 2014 dan ianya kembali diadakan selepas 15 tahun.

Tinggalkan komen anda