Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Pulau Pinang Sedia Terima Pelumba LTdL 2019

By 2 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

BAGAN, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Pada tahun ini perlumbaan Le Tour de Langkawi(LTdL) edisi ke 24 akan mengharungi 8 peringkat yang akan bermula di Kuala Lumpur, melalui Pantai Barat dan berakhir di Langkawi. LTdL merupakan cetusan idea daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bermula pada tahun 1996. Sukan berbasikal ini mengekalkan konsep acara “Sport Tourism” yang sangat berkesan dalam mempromosikan negeri ini dari segi pelancongan, pelaburan dan perdagangan antarabangsa kerana LTdL bersiaran di beberapa siaran TV  di luar negara secara langsung.

Kerajaan  Negeri Pulau Pinang amat berterima kasih dan mengalu-alukan acara antarabangsa ini diadakan dinegeri ini. Ini kerana budaya berbasikal telah menjadi gaya hidup masyarakat disini. Kerajaan Negeri telah banyak menyediakan inisiatif menyokong kumpulan berbasikal dan menggalakkan lebih ramai pelancong serta orang ramai untuk menggunakan mod pengangkutan ini.

Sidang Media LTdL yang akan Singgah di  Negeri Pulau Pinang bagi perlumbaan Peringkat 6 pada 11 April 2019 nanti

Sidang Media LTdL yang akan Singgah di Negeri Pulau Pinang bagi perlumbaan Peringkat 6 pada 11 April 2019 nanti

Bertempat di perkarangan Dewan Dato’Haji Ahmad Badawi hari ini, Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang,  Soon Lip Chee telah mengadakan satu sidang media sempena LTdL 2019 yang akan diadakan pada hari Khamis, 11 April 2019.Kawasan Bagan Luar, Butterworth telah dipilih sebagai lokasi untuk pelepasan kontingen LTdL 2019 peringkat ke 6 dan akan berakhir di Masjid Zahir, Alor Setar dengan jarak sejauh 127km.

Menurut  Soon, tujuan diadakan sidang media ini diadakan adalah untuk diwar-warkan kepada masyarakat di Pulau Pinang untuk datang menyaksikan dan memberikan sokongan kepada acara berbasikal antarabangsa ini.Selain itu juga perlu dimaklumkan kepada orang ramai di sekitar kawasan yang terlibat mengenai penutupan beberapa laluan LTdL di Daerah Seberang Prai Utara ini supaya urusan orang ramai dapat dipermudahkan dengan perancangan awal kerana penutupan dan lencongan pada hari berkenaan.Ujarnya lagi, penutupan di kawasan utama akan bermula pada jam 12.00malam 11 April, manakala pada waktu pagi akan bermula jam 6.30 pagi sehingga 12 tengahari di lokasi-lokasi lain.Jalan utama bermula dari Jalan Bagan, Jalan Bagan Jermal, Jalan Bagan Ajam, Teluk Air Tawar, Permatang Sintok, Kepala Batas, Permatang Tinggi A, Bumbung Lima dan Kampung Jambatan Merdeka akan terlibat dengan laluan LTdL ini.

Tiga dari kiri, Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee (berbaju biru) bersama Pegawai Trafik IPD Seberang Prai Utara, Pegawai Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia   semasa sidang media pagi tadi

Tiga dari kiri, Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee (berbaju biru) bersama Pegawai Trafik IPD Seberang Prai Utara, Pegawai Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia semasa sidang media pagi tadi

Turut hadir bersama dalam sidang media ini adalah Pegawai Trafik IPD Seberang Prai Utara, Pegawai Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Pegawai Majlis Perbandaran Seberang Prai, Pegawai agensi kerajaan dan penganjur swasta yang terlibat secara langsung dengan persiapan LTdL 2019 di Pulau Pinang.

Pihak kerajaan Negeri berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama semasa hari berkenaan sebagai acara LTdL yang menyeronokkan dan berjaya disamping berhati-hati semasa menyaksikan perlumbaan basikal di bahu jalan. Sebagai satu acara sukan antarabangsa, inilah peluang untuk kita berbangga kerana Malaysia berpeluang dan mampu untuk menganjurkan sebuah kejohanan yang diiktiraf oleh badan induk antarabangsa

Tinggalkan komen anda