Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Yayasan Nur Jauhar Santuni 178 Golongan Asnaf

By 26 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/Foto: Juslie Bacle/ Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KUNAK, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menerusi aktiviti jelajah Program Ziarah Kasih menyantuni 178 orang golongan asnaf di Dewan Masyarakat Kunak, semalam.

Pada program itu, isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan harian serta wang tunai kepada golongan berkenaan yang terdiri daripada anak yatim, mualaf dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Golongan OKU turut menerima sumbangan YNJ yang disampaikan oleh Toh Puan Norlidah (kanan).

Golongan OKU turut menerima sumbangan YNJ yang disampaikan oleh Toh Puan Norlidah (kanan).

Dalam ucapannya, Toh Puan Norlidah yang juga Penasihat kepada yayasan tersebut mengajak semua pihak agar bersama-sama menghulurkan bantuan kepada golongan yang amat memerlukan.

Antara yang turut hadir pada program berkenaan adalah Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kunak, Simudah Sulaiman.

EM

Tinggalkan komen anda