Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Semangat Kesukanan Dorong Cerdas Minda – Asmirul

By 26 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Khairi Sidik/ Bashsyar Abdullah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Semangat kesukanan perlu diterapkan dalam diri setiap orang dan tidak mengenal agama,bangsa, warna kulit mahupun ideologi politik dapat membantu kerajaan negeri dalam menganjurkan program-program berskala besar.

Menurut Exco Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan Mohd Asmirul Anuar Aris, semangat kesukanan dapat menjadikan seseorang individu itu sihat dan cerdas mindanya.

Pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan sempena karnival ini.

Pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan sempena karnival ini.

“Kerajaan negeri misalannya akan mengadakan Simposium Kejurulatihan dan Pengurusan Sukan dalam usaha membangunkan potensi sukan negeri agar menjadi sebuah pasukan yang unggul standing negeri-negeri lain yang berjaya mengukuhkan sistem kejurulatihan dan pengurusan sukan menjadi nadi kepada kejayaan sesebuah pasukan,” katanya ketika merasmikan Karnival Sehati@KEDAHfm bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, di sini semalam.

Karnival yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta dan padang Jabatan  Penyiaran Malaysia Negeri kedah dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah itu adalah bersempena ulang tahun ke-73 RTM.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk senamrobik, acara tarik tali, sukaneka, pertandingan mewarna, jualan produk dari Industri  Kecil dan Sederhana (IKS) pameran-pameran dari jabatan dan agensi kerajaan serta trak makanan.

Menurut Normah Ramli, 58, karnival sebegini dapat memberi peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti di samping mengeratkan hubungan sesama jabatan termasuk Jabatan Penerangan Malaysia, JPJ dan Jabatan Penyiaran Malaysia.

-SH

Tinggalkan komen anda