Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

21,021 Penjawat Awam Negeri Sabah Terima Bonus RM500

By 21 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto:Hazlinah Samsir/Nasrie Tapisil (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 21,021 penjawat awam negeri termasuk pihak berkuasa tempatan dan badan-badan berkanun akan menerima bonus sebanyak RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam meringankan beban anggota perkhidmatan awam negeri.

“Meski kewangan Sabah kurang memberangsangkan, setelah mengambil kira keperluan dan perbelanjaan yang diperlukan, kerajaan memutuskan untuk memberikan bonus RM500 ini.

“Menjelang perayaan Hari Raya ini, diharapkan agar kita semua bijak dalam menguruskan kewangan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk kepentingan anak-anak dan keluarga,” katanya dalam Majlis Penyerahan Kuih-muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, pagi ini.

Menurutnya, penyerahan kuih-muih ini adalah untuk menghargai pengorbanan yang dilakukan anggota pasukan keselamatan dalam memastikan keamanan negara terpelihara.

Shafie (tengah) menyampaikan sumbangan kuih raya kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah (kiri) mewaikili Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah sambil disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan (dua dari kiri).

Shafie (tengah) menyampaikan sumbangan kuih raya kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah (kiri) mewaikili Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah sambil disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan (dua dari kiri).

“Pemberian ini tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan yang perlu dilakukan mereka yang terpaksa meninggalkan anak-anak, isteri dan keluarga demi menjalankan tugas.

“Selain dari masa dan usia yang dijadikan korban, mereka juga berhadapan dengan pelbagai ancaman dan risiko kehilangan nyawa.

“Terima kasih yang tidak terhingga kita ucapkan kepada mereka kerana menjaga keselamatan masyarakat walau di mana mereka berada,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada masyarakat akar umbi yang juga bertanggungjawab dalam membantu menjaga keamanan negara dengan menyalurkan maklumat sekiranya ada ancaman yang berlaku dan tidak menjadi tali barut.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kuih raya bagi pihak Warisan Harta Sabah (WHS) kepada Shafie (tengah).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kuih raya bagi pihak Warisan Harta Sabah (WHS) kepada Shafie (tengah).

Sebanyak 40 agensi bukan kerajaan memberikan sumbangan kuih raya sebagai penghargaan kepada sembilan agensi pasukan keselamatan di Sabah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan.

EM

Tinggalkan komen anda