Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

MPP Kongsi Ilmu Bersama Pelajar Luar Bandar

By 21 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Program solat hajat anjuran Pejabat Penerangan Daerah Segamat dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Segamat, berjaya menarik ibu bapa membawa anak mereka bagi mengimarahkan masjid sempena bulan yang penuh keberkatan ini.

Wakil rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang Mohd. Solihan Badri,
Mohd Shah Rashid berkata program ini bertujuan untuk mendekatkan jurang di antara masyarakat dengan mahasiswa selain mempraktikan ilmu pengetahuan yang ada selama bergelar mahasiswa.

“Penganjuran program ini dapat memupuk nilai-nilai seorang pemimpin dalam diri ahli jawatankuasa pelaksana seperti profesionalisme, berkeyakinan, berketerampilan dan juga semangat untuk berbakti kepada masyarakat.

Turut disampaikan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Turut disampaikan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

“Disamping itu, peserta dapat mendalami dan menghayati susah senang yang dihadapi oleh anak-anak yatim dan penjaga seterusnya membangunkan prasarana fizikal yang diperlukan kepada golongan yang kurang bernasib baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Gema Ramadan dan Solat Hajat PT3/SPM 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin, di sini semalam.

Salah seorang peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini, Nur Rasyidah Abu Mansor, 19, menyatakan perasaan gembira dapat bersama-sama dengan pelajar-pelajar kawasan luar bandar bagi berkongsi ilmu berkenaan hala tuju selepas tamat persekolahan.

“Bagi saya kerjasama baik daripada 26 MPP UiTM, kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Segamat, Ahli Jawatankuasa Badan Tadbir Masjid akhirnya dapat merealisasikan program ini walaupun jarak lokasi program ini dari UiTM sejauh 105 kilometer pergi balik,” katanya.

Selain majlis berbuka puasa dan solat sunat tarawih bersama pelajar, turut disumbangkan barangan keperluan harian berupa pakaian kepada 64 orang penerima terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar miskin dan anak kepada ibu tunggal.

SH

Tinggalkan komen anda