Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita Tempatan

Pesakit Hospital Labuan Terima Sumbangan Rozman

By 21 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 152 pesakit Hospital Labuan menerima sumbangan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli pada program Ihya Ramadan, baru-baru ini.

Menurut Rozman, Kunjungan yang menjadi sebahagian pengisian program Ihya Ramadan itu bertujuan membantu meringankan bebanan di samping memberikan sedikit keceriaan kepada para pesakit.

Selain itu Program itu turut bertujuan menjalinkan hubungan silaturahim antara masyarakat, pemimpin dan agensi kerajaan berkaitan.

Rozman (dua dari kiri) beramah mesra dengan pesakit yang selesai menjalani rawatan.

Rozman (dua dari kiri) beramah mesra dengan pesakit yang selesai menjalani rawatan.

“Melalui program ini saya dan rakan-rakan bukan sahaja dapat menjiwai dan merasai keperitan pesakit berkenaan tetapi juga dapat memberi kegembiraan selain menyuntik semangat mereka pada bulan Ramadan ini,” katanya.

Antara Wad yang diziarahi adalah Wad Wanita, lelaki, kanak-kanak, Wad Bersalin dan Unit Hemodialisis.

Hadir sama Ahli-Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Noor Halim Datuk Zaini dan Dr. Ramli Tahir, Pengerusi-Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr.Ismuni Bohari dan Pengarah Hospital Labuan, Dr. Adnan Musa Balidran.

EM

Tinggalkan komen anda