Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

800 Wanita Imarahkan Majlis Tadarus dan Khatam Quran

By 26 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar)

ALOR SETAR, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Kira-kira 800 orang wanita telah menyertai Majlis Wanita Bertadarus dan Khatam al-Quran yang diadakan pagi semalam di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Kedah Halimaton Saadiah Saad, berkata program ini pertama kali telah diadakan pada tahun lalu di Masjid Zahir, Alor Setar.

“Tahun ini julung kalinya majlis ini diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Peserta-peserta program yang terlibat dalam Majlis Wanita Bertadarus dan Khatam al-Quran, di sini.

Peserta-peserta program yang terlibat dalam Majlis Wanita Bertadarus dan Khatam al-Quran, di sini.

“Dengan kehadiran yang luar biasa dengan tambahan hampir 100 orang peserta, saya bercadang agar program hari ini dijadikan sebagai acara tahunan,” katanya ketika berucap sempena majlis.

Dalam pada itu, Halimaton turut mengingatkan selain mementingkan hubungan sesama manusia adalah amat penting agar hubungan dengan Allah juga sentiasa dikukuhkan dan dijadikan tunjang dalam sebuah kehidupan.

Majlis anjuran Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) ini telah disempurnakan perasmiannya oleh isteri Menteri Besar, Toh Puan Norzieta Zakaria.

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Dr Salmee Said, Pengerusi Puspanita Negeri Kedah Datin Hariyanti Amit, ahli-ahli Puspanita, kepimpinan wanita Pakatan Harapan, Srikandi serta pertubuhan sukarela bukan kerajaan.

SH

Tinggalkan komen anda