Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

PERTIWISA Hulur Bantuan Kepada Ibu Tunggal, Anak Yatim, Asnaf

By 26 Mei 2019Tiada komen4 minit bacaan
Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Airmatanya bergenang ketika ditanya tentang keluarga, manakan tidak, kandungannya baharu sahaja berusia dua bulan ketika suaminya meninggal dalam tidur, kebetulan pada Aidilfitri tahun lalu.

Sudah setahun berlaku, kini ibu muda yang baharu berumur 18 tahun, Maslina Lakson tinggal bersama ibu bapa serta bayinya yang kini sudah mencecah usia empat bulan.

Bayi lelaki Maslina kini mencecah 4 bulan.

Bayi lelaki Maslina kini mencecah empat bulan.

“Saya dipinang oleh keluarga suami ketika di tingkatan empat, mengikut adat suku kaum kami, jika ada yang menghantar rombongan meminang, kami tidak boleh menolak ataupun kami terpaksa membayar denda sebanyak dua kali ganda nilai hantaran.

“Dengan itu, keluarga saya terpaksa terima lamaran tersebut dan saya dinikahkan di kampung secara sederhana, hinggalah pada Aidilfitri tahun lepas ketika saya di rumah ibu, saya ternanti-nanti kedatangan suami saya yang berjanji untuk datang menyusul.

“Menjelang malam dia tidak kunjung tiba, saya pun segera mencarinya di rumah, pintu bilik berkunci dan kami terpaksa pecahkan kerana tidak dibuka ketika dipanggil, dan rupanya suami sudah meninggal.

Suasana ketika majlis berlangsung.

Suasana ketika majlis berlangsung.

“Memang sedih kerana usia perkahwinan kami baharu enam bulan, mujur ibu bapa saya sudi menjaga saya dan bayi sehingga hari ini,” jelasnya sayu.

Mahu mencari pekerjaan, tetapi keadaan tidak mengizinkan, lebih-lebih lagi bayinya yang masih kecil dan perlukan perhatian daripadanya, mujur tuan rumah tempat mereka menyewa menyerahkan borang untuk menerima sumbangan.

‘Hari ini saya dan anak masing-masing menerima wang tunai dan barangan dapur, dapatlah untuk membantu sedikit perbelanjaan di rumah.

Suasana ketika penyerahan sumbangan dilakukan.

Suasana ketika penyerahan sumbangan dilakukan.

“Wang tunai yang saya dapat mungkin untuk beli baju raya anak dan juga keperluan susu formula serta lampin pakai buang.

“InsyaAllah jika anak sudah besar sedikit, saya akan mencari pekerjaan untuk menampung hidup kami berdua,” ujar Maslina.

Beliau ditemui selepas menerima sumbangan daripada Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA), pada Sabtu di Wisma Wanita.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengerusi PERTIWISA, Hajah Zaleha Mohd Kassim.

Mohd Fauzi yang ingin membeli baju raya berwarna biru.

Mohd Fauzi yang ingin membeli baju raya berwarna biru.

Sementara itu, penerima sumbangan untuk anak yatim dan asnaf, Mohd Fauzi Abdul Yusri, 11, kehilangan ayahnya kerana masalah jantung ketika dia masih berada di tadika.

Hadir menerima sumbangan bersama adik perempuan dan ibunya, mereka bertolak dari rumah seawal 7 pagi dengan menggunakan bas.

“Semenjak ayah meninggal, ibu menyara kami dengan menjual makanan ringan di sekitar kampung tempat kami menyewa.

Ahli PERTIWISA bekerjasama memastikan tiada penerima yang tercicir menerima baran sumbangan.

Ahli PERTIWISA bekerjasama memastikan tiada penerima yang tercicir menerima barang sumbangan.

“Mujur ibu layak menerima Bantuan Sara Hidup, dapatlah menampung sedikit perbelanjaan kami, lagi pula bulan Ramadan ini sudah dua kali kami terima sumbangan, duit itu boleh pakai beli baju melayu,” ujar Fauzi yang meminati warna biru.

Dia yang bercita-cita mahu menjadi askar berjanji pada diri sendiri akan menggembirakan dan membeli pelbagai barangan untuk ibu yang menjaga dia dua beradik sejak kecil.

Harapannya juga, dia tidak akan terlepas peluang untuk menziarahi pusara ayah setiap kali 1 Syawal setiap tahun.

Hajah Shafiah Johari.

Hajah Shafiah Johari.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi 2 PERTIWISA, Shafiah Johari berkata Majlis Kasih Ramadan yang dianjurkan itu merupakan program tahunan yang mana untuk kali ini penyerahan dilakukan kepada ibu tunggal dan asnaf seramai 100 orang, 70 orang anak-anak yatim dan 30 orang anak-anak asnaf.

“Sumbangan untuk ibu tunggal dan anak-anak hari ini kami berikan wang tunai, yang disumbangkan oleh ahli-ahli sendiri yang mengambil kesempatan untuk bersedekah.

Exco sendiri akan menghantar baramgan kepada penerima yang tidak dapat hadir ke majlis.

Exco sendiri akan menghantar barangan kepada penerima yang tidak dapat hadir ke majlis.

“Barang-barang yang diberikan pula berupa barangan dapur seperti beras, biskut dan barangan penjagaan diri.

“Tujuan program ini ialah kami ingin mengambil peluang di bulan Ramadan yang barakah ini untuk sama-sama meraih pahala, jadi kami mengambil kesempatan dan libatkan ahli-ahli kami juga.

“Manakala pada penerima yang tidak berkesempatan datang, mungkin kerana kekangan kenderaan, tapi telah dikenal pasti oleh PERTIWISA, pihak exco kami akan menghantar sendiri barangan ke rumah penerima,” ujarnya.

Ahli PERTIWISA merakam kenangan bersama penerima sumbangan.

Ahli PERTIWISA merakam kenangan bersama penerima sumbangan.

Katanya juga, pelbagai program lain yang sentiasa dianjurkan oleh PERTIWISA pusat setiap kali tibanya Ramadan seperti Tadarus Al-Quran, menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai serta program penyerahan sumbangan.

Beliau juga berharap agar PERTIWISA akan lebih ke hadapan dalam membuat kerja-kerja selaras dengan objektif persatuan mereka.

Mereka turut megalu-alukan kepada yang berminat untuk menyertai PERTIWISA, di mana setiap program yang mereka lakukan akan dihebahkan di laman sosial facebook supaya lebih ramai yang terbuka hati untuk menyertai.

EM

Tinggalkan komen anda