Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Adaptasi Alam Digital, Kekal Relevan – KPPA

By 18 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Eviannie Kin/Johnny George Kimlon (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Penjawat awam perlu berupaya untuk mengadaptasikan diri dalam landskap perkhidmatan awam yang berlandaskan alam digital agar terus kekal relevan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, bagi memastikan mereka sentiasa bersiap sedia, penjawat awam di pelbagai peringkat dan merentasi skim perlu diberi pendedahan serta dilengkapkan dengan keupayaan dan kemahiran digital.

“Melalui pelaksanaan inisiatif Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) diharap dapat memberi persediaan dan mewujudkan kesedaran penjawat awam agar sentiasa bersedia mengapdatasikan dunia baharu sebagai elemen untuk membantu mereka memberi perkhidmatan yang terbaik.

Borhan (dua dari kiri) sedang berbual dengan Rosmadi (dua dari kanan) dan Yahya (kanan).

Borhan (dua dari kiri) sedang berbual dengan Rosmadi (dua dari kanan) dan Yahya (kanan).

“Pegawai awam yang berpengetahuan dan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa akan berupaya membawa perubahan secara efektif dan menyumbang ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi,” katanya semasa berucap di Majlis Penutup Program Pengurusan Perubahan, DGCCR Zon Sabah di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, pada Jumaat.

Tambah Borhan, Sabah merupakan negeri pertama dalam pelaksanaan inisiatif ini dan turut merancang beberapa sesi jerayawara ke seluruh negara bagi memastikan DGCCR ini disebarluaskan kepada seluruh perkhidmatan awam.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Yahya Sulaiman dan Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.

EM

Tinggalkan komen anda