Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Ahli Parlimen Balik Pulau Santuni Penduduk Dengan Nasi Mandhi

By 21 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abdul Waasiek Ahmad Fikri (Barat Daya)

BALIK PULAU, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Balik Pulau telah mengadakan Edaran Nasi Mendi Ayam untuk juadah berbuka puasa kepada warga parlimen Balik Pulau di Pusat Khidmat Ahli Parlimen di sini Kelmarin.

Majlis yang mendapat kerjasama daripada Restoran D’Tandoor itu telah berjaya mengagihkan kira-kira 1000 bungkus nasi mandhi ayam kepada penduduk setempat.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap ahli parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Muhammad Bakhtiar Beramah mesra bersama penduduk sekitar

Muhammad Bakhtiar Beramah mesra bersama penduduk sekitar

Dalam ucapannya Bakhtiar mengingatkan rakyat supaya sentiasa menjaga tingkah laku, pertuturan dan meningkatkan kesabaran dalam menghadapi ujian semasa menjalani ibadah puasa.

“Kita sebagai orang Islam sentiasa dididik untuk menjadikan akhlak Nabi sebagai contoh dalam kehidupan seharian”, katanya.

“Saya berharap bulan Ramadan ini dapat membentuk keperibadian kita supaya menjadi muslim yang lebih baik dari hari ke hari”, tambahnya lagi.

Bagi penduduk dari Taman Perumahan Sri Genting, Ahmad Said Ahmad Zainal, beliau berasa seronok untuk turut bersama-sama merasai kemeriahan edaran nasi mendi ayam sebagai juadah berbuka puasa.

“Dalam bulan puasa ini pelbagai program serta majlis yang dapat menghidupkan semangat Ramadan dan program pada hari ini adalah salah satu daripadanya”, katanya.

“Maka saya tidak mahu melepaskan peluang ini selain saya turut dapat menyumbang tenaga untuk masyarakat”, ujarnya lagi

Tinggalkan komen anda