Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Amri Ginang: Semua Orang Boleh Jadi Tukang Cerita

By 3 Mei 2019Tiada komen7 minit bacaan
Laporan/Foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

SEMPORNA, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Pertandingan Photo Marathon sempena Festival Regatta Lepa Jubli Perak yang diadakan baru-baru ini pastinya menarik minat ramai juru foto profesional dan amatur untuk berkumpul di pekan ini, lebih-lebih lagi apabila mengetahui salah seorang jurinya ialah juru foto terkenal, Amri Ginang.

Amri Ginang bersama poskad yang merupakan cenderahati khusus kepada pengunjung galeri.

Amri Ginang bersama poskad yang merupakan cenderahati khusus kepada pengunjung galeri.

Bertemu dengan juru foto yang dikenali di peringkat antarabangsa itu pastinya membuatkan hati teruja, apatah lagi dapat berbual mengenai pertandingan yang dianjurkan serta berkongsi aspirasi beliau mengenai dunia fotografi.

“Biasanya pada Festival Regatta Lepa ini akan dianjurkan banyak acara sampingan yang lain, tetapi acara Photo Marathon ini tidak pernah dilakukan, dan penganjuran tahun ini adalah julung kali diadakan.

Amri(tengah) menjelaskan sesuatu kepada Yang DiPertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin ketika lawatan ke galeri.

Amri(tengah) menjelaskan sesuatu kepada Yang DiPertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin ketika lawatan ke galeri.

“Idea saya ialah untuk menyerlahkan lagi karya peserta dengan mengumpul hasil kerja mereka dan dibukukan ke dalam Buku Meja Kopi (Coffee Table Book) setebal 160 muka surat.

“Tidak semestinya karya-karya yang canggih yang akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam Buku Meja Kopi itu nanti, kerana kami hanya inginkan foto-foto hasil dari orang ramai digabungkan dengan hasil daripada juru foto profesional sebagai tanda penghargaan,” jelas Amri.

Tun Juhar(dua dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada Amri(dua dari kiri).

Tun Juhar(dua dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada Amri(dua dari kiri).

Tambahnya, konsep Photo Marathon sebenarnya lebih kepada pengisian dan juga usaha peserta untuk menghasilkan gambar mengikut tema yang ditetapkan, kerana apa yang penting sebenarnya ialah kesedaran dan ilmu mengenai etnik yang ditonjolkan pada festival dan kerana itu juga pihak urus setia tidak mengenakan sebarang caj penyertaan.

Tema yang dipilih untuk pertandingan kali ini adalah mengenai Regatta Lepa itu sendiri, Tarian Tradisional dan juga Ragam Manusia dan peserta diberi tempoh selama dua hari untuk menghantar karya mereka.

Regatta Lepa antara tema yang ditetapkan oleh pihak urus setia dalam pertandingan Photo Marathon.

Regatta Lepa antara tema yang ditetapkan oleh pihak urus setia dalam pertandingan Photo Marathon.

Amri mengakui terdapat sedikit kekurangan daripada segi publisiti kerana promosi mengenainya hanya dapat dilakukan pada saat-saat akhir kerana kekangan masa yang dihadapinya.

“Pada minggu terakhir sebelum pertandingan barulah saya berkesempatan untuk mengiklankan mengenai pertandingan ini kerana jadual yang agak padat, namun begitu, saya masih berpuas hati dan ramai juga yang ingin turut serta.

Konsep Photo Marathon lebih kepada pengisian dan usaha untuk menghasilkan gambar mengikut tema

Konsep Photo Marathon lebih kepada pengisian dan usaha untuk menghasilkan gambar mengikut tema

“Tetapi tidak semua yang berminat itu dapat menghadirkan diri kerana syarat pertandingan ini mereka perlu datang dan daftar sendiri, ini kerana kita tidak mahu mereka menghantar karya-karya lama.

“Apa yang baiknya Photo Marathon ini, kita mahu foto-foto diambil sewaktu festival berlangsung untuk memastikan karya yang dihantar adalah asli,” katanya.

Penggunaan telefon pintar yang semakin digemari oleh masyarakat untuk merakamkan foto.

Penggunaan telefon pintar yang semakin digemari oleh masyarakat untuk merakamkan foto.

Sebanyak 100 penyertaan diterima oleh pihak urus setia dan terbuka untuk dua kategori iaitu menggunakan kamera dan juga telefon pintar dengan dana keseluruhan melebihi RM50 ribu tajaan Teras Eco.

“Sebagai seorang juru foto, saya faham jika kita bertanding, pastinya kita mahu hadiah yang bagus, jadi dengan bajet yang diberikan, saya telah memilih hadiah yang terbaik yang mana semua hadiah tersebut saya pernah cuba dan gunakan.

Antara aksi ketika merakamkan foto untuk pertandingan tersebut.

Antara aksi ketika merakamkan foto untuk pertandingan tersebut.

“Pada saya, dalam pertandingan ini, walaupun anda pandai mengambil gambar, tidak semestinya anda bertuah, ini ialah cabaran Photo Marathon, ada kalanya teknik anda sederhana sahaja, tetapi kalau anda bernasib baik, anda akan mendapat depth dan warna yang cantik,”kata Amri.

Katanya juga, kelebihan seseorang peserta itu bukanlah terletak pada peralatan, tetapi lebih kepada ketajaman mata, maka sudah pasti dalam pertandingan foto, karya yang dihantar perlu bagus daripada segi teknikal, pendedahan, fokus, komposisi, pencahayaan dan kemudian barulah mengikut tema yang telah ditetapkan.

Foto yang diambil menggunakan telefon pintar mempunyai kualiti yang sama seperti penggunaan kamera DLSR.

Foto yang diambil menggunakan telefon pintar mempunyai kualiti yang sama seperti penggunaan kamera DLSR.

Selain daripada Amri, dua orang lagi juri yang bertanggungjawab menentukan pemenang untuk dua kategori tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi dan Eksekutif Pengeluar Film Point, Han yang berpengalaman selama 30 tahun dalam animasi dan produksi filem manakala Cheong W. Loong pula merupakan Pengarah Urusan Linear Design Sdn. Bhd dan Pengarah Eksekutif Linear Landscape Sdn Bhd.

Kata Amri, selain kategori kamera, pihak urus setia telah membuka satu lagi kategori dalam Photo Marathon ini iaitu kategori telefon pintar, lebih-lebih lagi banyak pengeluar telefon berjenama kini yang menghasilkan telefon pintar yang berkualiti setanding kamera.

Para peserta Photo Marathon diberi peluang merakamkan foto secara bebas dalam tempoh dua hari sahaja untuk pertandingan ini

Para peserta Photo Marathon diberi peluang merakamkan foto secara bebas dalam tempoh dua hari sahaja untuk pertandingan ini

“Dalam fotografi ini, semakin mudah kita mengambil gambar, semakin canggih komposisi yang kita dapat termasuklah penceritaannya, sebab usaha untuk mengambil gambar itu sudah kurang kerana kita akan lebih ‘melihat’ dan membuat cerita, berbanding menggunakan kamera yang perlu menukar pasang lensa.

“Dulu saya memang suka menggunakan kamera dengan pelbagai jenis lensa, tetapi sejak pakai kamera kompak yang hanya punya satu lensa sahaja, saya lebih banyak mengambil gambar, lebih banyak penceritaan dilakukan.

Amri ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Penyampaian Hadiah.

Amri ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Penyampaian Hadiah.

“Dua tahun kebelakangan ini saya menjadi lebih gemar merakamkan foto menggunakan telefon pintar, kelebihan telefon pada zaman moden ini kita tidak perlu lagi menambah baik ton kulit, malahan depth juga hampir sama dengan yang ada pada kamera, maka kerja-kerja fotografi menjadi semakin mudah,” terangnya.

Pendapat Amri juga, suatu saat nanti foto jalanan dan foto kembara akan lebih memudahkan kerana mereka hanya perlu membawa telefon pintar berbanding kamera.

Suasana ketika pengumuman pemenang Photo Marathon.

Suasana ketika pengumuman pemenang Photo Marathon.

“Jika anda bukan seorang juru foto profesional, memang agak sukar untuk membezakan karya yang dihasilkan menggunakan kamera atau telefon pintar. Sebagai juru foto, kita gemar untuk menceritakan sesuatu, manakala pembaca pula mahu lihat gambar yang sesuai dengan penceritaan.

“Kecantikan gambar itu terpulang dengan kepelbagaian dinamik serta komposisi, jadi jika kita bijak kombinasikan kedua-duanya, akan lebih memudahkan untuk merakam foto dan semua orang boleh jadi tukang cerita.

Amri(kanan) dan Pegawai Daerah Semporna, Banius Kantong(tengah) bersama semua pemenang Pertandingan Photo Marathon.

Amri(kanan) dan Pegawai Daerah Semporna, Banius Kantong(tengah) bersama semua pemenang Pertandingan Photo Marathon.

“Zaman sekarang sangat mudah, sesiapa juga boleh merakam foto. Dahulu, bila saya beli filem yang boleh merakam 12 keping foto, saya perlu fokus dan gunakannya sebaiknya, tetapi sekarang anda boleh gunakan 200 ketikan hanya untuk dapatkan dua keping foto yang anda mahu.

“Maksudnya, sekarang anda punya banyak ruang untuk membuat kesilapan dan itu kemajuan dunia fotografi pada masa kini dan saya sukakan perubahannya,” ujarnya.

Amri(kanan) menyampaikan hadiah tempat pertama kategori kamera DSLR kepada Mohd Zaini(kiri).

Amri(kanan) menyampaikan hadiah tempat pertama kategori kamera DSLR kepada Mohd Zaini(kiri).

Kongsi Amri, ketika beliau mula berjinak-jinak dalam bidang ini, dunia fotografi sangat payah untuk diceburi, kerana selain perlu belajar cara merakamkan foto, juru foto juga perlu mempelajari kimia, cara mencuci filem, dapatkan makmal untuk memprosesnya sebelum dapat melihat hasil foto yang telah dirakam dan sudah pasti prosesnya memakan masa.

“Kebanyakan juru foto sangat menghargai pengalaman itu, kerana ia melatih diri masing-masing untuk menjadi seorang juru foto yang baik, berbeza dengan sekarang, juru foto muda tidak dilatih seperti itu.

Amri Ginang ketika di temubual.

Amri Ginang ketika di temubual.

“Sekarang dengan telefon pintar saja, semua orang suda boleh jadi juru foto profesional kerana hasil yang diperoleh seolah-olah menggunakan kamera dengan teknik depth dan bokeh, walaupun dirinya tidak terlatih seperti orang lama, tidak punya rutin.

“Ini kerana fotografi ni sekurang-kurangnya kita perlu merakam foto setiap hari supaya komposisi semakin baik, tapi jika tempoh tiga bulan anda ‘berehat’, kemahiran anda akan ‘tumpul’, juru foto muda sekarang sangat mudah, mereka berbicara lebih daripada karya mereka,” katanya.

Antara acara yang disusun sepanjang Festival Regatta Lepa dipaparkan pada papan iklan.

Antara acara yang disusun sepanjang Festival Regatta Lepa dipaparkan pada papan iklan.

Amri turut berharap agar pertandingan Photo Marathon ini akan dianjurkan lagi pada tahun seterusnya, dengan pelaksanaan yang lebih mantap serta hadiah yang lebih hebat.

Beliau turut memuji usaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui Balai Seni Lukis yang sering membantu karyawan-karyawan termasuk juru foto untuk mempamerkan hasil karya mereka.

Mohd Zaini Madina

Mohd Zaini Madina

Amri sendiri telah dijemput untuk mempamerkan sebanyak 80 buah karya di Balai Seni Negara pada Julai nanti dengan mempamerkan karya yang dirakamkan di Cuba selepas ditaja oleh kedutaan tersebut selama seminggu di Havana sebelumnya.

Pada pertandingan Photo Marathon tersebut, tiga orang pemenang bagi kategori kamera telah diumumkan dan dimenangi Mohd Zaini Madina di tempat pertama dengan membawa pulang kamera Sony A7 II, tempat kedua pula dimenangi oleh Muizzah Hafizzah Matussin dengan membawa pulang kamera Fujifilm XT20 manakala Syadan Ginu pula mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang kamera Nikon D3500.

Azman (kiri) menerima Huawei P30 kerana memenangi tempat pertama kategori telefon pintar daripada Amri(kanan).

Azman (kiri) menerima Huawei P30 kerana memenangi tempat pertama kategori telefon pintar daripada Amri(kanan).

Bagi kategori Telefon Pintar, Azman Jumat telah memenangi tempat pertama dengan memenangi telefon pintar Huawei P30 Pro, Tempat kedua pula dimenangi oleh Adzmin Fatta dengan membawa pulang Samsung Galaxy A30 manakala Husnah Abd Hussin mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang Samsung Galaxy J6.

Dalam pada itu, Azman yang meraih tempat pertama sama sekali tidak menyangka tuah menyebelahi dirinya kerana menurutnya penyertaannya hanya untuk memeriahkan pertandingan sahaja.

Foto yang terpilih antara tiga terbaik dalam kategori telefon pintar.

Foto yang terpilih antara tiga terbaik dalam kategori telefon pintar.

“Saya hadir dalam Festival Regatta Lepa ini atas urusan rasmi untuk membuat liputan mengenainya dan menyertai pertandingan Photo Marathon sambil menemani rakan juru foto ketika pendaftaran dibuka.

“Memang agak mencabar juga untuk mendapatkan foto seperti yang ditetapkan oleh pihak urus setia kerana saya perlu fokus untuk mendapatkan foto untuk artikel jabatan, tetapi dalam masa yang sama perlu juga mencari sudut yang tepat untuk dihantar sebagai penyertaan.

Menurut Amri teknik dan komposisi yang betul mampu menjadikan seseorang pemenang pertandingan

Menurut Amri teknik dan komposisi yang betul mampu menjadikan seseorang pemenang pertandingan

“Kebanyakan foto dirakamkan secara kebetulan dan alhamdulillah rezeki menyebelahi saya dan saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak urus setia yang menganjurkan Photo Marathon bagi meraikan festival ini.

“Sekali gus, ia juga menghargai usaha semua juru foto yang umpama duta kecil mempromosikan pelancongan negeri kita melalui foto-foto yang menarik,” ujar Azman yang juga juru foto kanan di Jabatan Penerangan Sabah.

EM

Tinggalkan komen anda