Skip to main content
Berita Tempatan

Guru Penyuntik Ilmu, Pendidik Anak Bangsa

By 3 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd. Yusof Abd. Samad (Tangkak)

TANGKAK, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tangkak tahun ini diraikan secara sederhana namun meriah dengan kehadiran para guru seluruh daerah Tangkak, mencecah hampir 700 orang. Kehadiran guru-guru pada Sambutan yang diadakan di Dewan Jubli Intan di sini meriah sekaligus dapat mengeratkan silaturahim antara mereka.

Sambutan kali ini bermatlamat supaya sumbangan guru dapat dihargai dan sebagai tanda terima kasih atas sumbangan mereka bukan sahaja di sekolah malah kepada negara.

Mahmud sarlan (tiga, kiri) tokoh kepimpinan guru 2019 Daerah Tangkak

Mahmud sarlan (tiga, kiri) tokoh kepimpinan guru 2019 Daerah Tangkak

Mahmud Sarlan, 62, yang telah dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Guru 2019 berkata keikhlasan, sabar dan toleransi dalam mendidik para pelajar ke arah kecemerlangan sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga pendidik kerana mereka terdiri dari latar belakang keluarga dan sahsiah yang berbeza.

Bagi salah seorang guru yang turut menyertai sambutanpada kali ini, Norazman Salleh, 51, berkata bahawa majlis seperti ini menjadi penyuntik semangat kepada mereka dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Pelajar dari Institut Latihan Perindustrian Tangkak turut mewarnai sambutan di Dewan Jubli Intan

Pelajar dari Institut Latihan Perindustrian Tangkak turut mewarnai sambutan di Dewan Jubli Intan

“Kesungguhan dan sikap tidak putus asa wajar dipraktikkan oleh pelajar agar kejayaan dapat dicapai dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata sumbangan guru ke arah pencapaian akademik cemerlang di kalangan pelajar di daerah ini amat membanggakan.

Norazman Salleh, turut hadir dalam sambutan Hari Guru kali ini

Norazman Salleh, turut hadir dalam sambutan Hari Guru kali ini

“Namun demikian, bidang kemahiran juga wajar diberi pandangan serius agar mereka lebih bersedia dengan cabaran semasa terutama apabila bersama masyarakat,” ujarnya.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak, Pegawai Daerah Tangkak dan ketua-ketua jabatan dalam daerah ini.

EM

Tinggalkan komen anda