Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa 2019, Julai Ini

By 22 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Yakub Hamud/Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa 2019 akan berlangsung selama tiga hari bermula 10 Julai di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Festival yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Tugu Budaya’ merupakan acara tahunan yang membuka pentas kepada para belia untuk mempamerkan bakat mereka.

Shafie menandatangani Van sempena Pelancaran Tugu Budaya Etnik Sabah Ke 10 - Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa 2019.

Shafie menandatangani Van sempena Pelancaran Tugu Budaya Etnik Sabah Ke 10 – Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa 2019.

Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Ismaily Bungsu berkata penglibatan para pelajar sekolah rendah dan menengah adalah sangat penting demi memelihara serta mengekalkan kepelbagaian warisan budaya bangsa di negeri ini.

“Selain pelajar dari seluruh Malaysia, beberapa negara jiran dari Timur Tengah akan turut serta memaparkan tarian rakyatnya yang unik dan mempesonakan.

Shafie memasang bendera pada sepuluh kenderaan sempena Pelancaran Tugu Budaya Etnik Sabah Ke 10 - Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa 2019.

Shafie memasang bendera pada sepuluh kenderaan sempena Pelancaran Tugu Budaya Etnik Sabah Ke 10 – Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa 2019.

“Antara negara yang akan menyertai ialah Indonesia, Filipina, Brunei dan beberapa negara lain,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Pelancaran Tugu Budaya Etnik Sabah Ke 10 – Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa 2019 di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, pagi Rabu.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal diiringi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

EM

Tinggalkan komen anda