Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kajian Budaya dan Had Umur Antara Perubahan UNK 2019

By 22 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Norliza Yusof/Volintine Jiloh(Kota Kinabalu)

Kota Kinabalu, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Kajian budaya dan had umur penyertaan antara perubahan yang dilakukan dalam Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, Jo-Anna Sue Henley Rampas berkata ini adalah sebahagian daripada penambahbaikan dalam Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 27 Mei hingga 1 Jun ini.

Toh Puan Norlidah (kanan) berbual mesra bersama Ahli Jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.

Toh Puan Norlidah (kanan) berbual mesra bersama Ahli Jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.

“Setiap peserta UNK kali ini diwajibkan untuk mendokumentasikan kajian kebudayaan dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakilinya.

“Kajian itu perlu dibentangkan kepada para juri semasa sesi pra-penilaian pada 28 Mei ini dan tiga pemenang utama dikehendaki membuat satu lagi kajian mengenai masyarakat setempat atau DUN masing-masing dalam tempoh satu tahun,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Negeri, pada Rabu.

KENANGAN….Toh Puan Norlidah (duduk, tengah) merakamkan gambar bersama Jo-Anna (duduk, kanan) dan rombongan.

KENANGAN….Toh Puan Norlidah (duduk, tengah) merakamkan gambar bersama Jo-Anna (duduk, kanan) dan rombongan.

Selain itu, Jo-Anna turut memaklumkan bahawa terdapat perubahan had umur peserta sementara penyertaan peserta kali ini adalah mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Had umur peserta pertandingan UNK kali ini telah ditingkatkan daripada 25 tahun kepada 27 tahun agar lebih ramai gadis Kadazan Dusun Murut (KDM) dapat mengambil bahagian.

“Di samping itu, para peserta juga mewakili DUN masing-masing bagi mengetengahkan etnik-etnik yang ada di setiap DUN sebagai salah satu inisiatif memelihara dan memulihara budaya KDM,” katanya lagi.

Selain penyertaan dari setiap DUN di Sabah, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Murut (KDCA) Pulau Pinang, Johor, Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan turut mengambil bahagian dalam UNK pada kali ini.

EM

Tinggalkan komen anda