Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

JaPen Terus Sampaikan Maklumat Kenegaraan Kepada Generasi Pelapis

By 3 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Halimah Abdul Ghani (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Melentur buluh biarlah dari rebungnya peribahasa yang sesuai mengambarkan Program Amalan Demokrasi Berpalimen yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam atau lebih sinonim dengan panggilan BM High yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah, Cik Lizza Imelia M. Sulanah dan berjaya menarik lebih kurang 180 orang pelajar untuk menyertainya.

Menurut Penolong Kanan 1 SMKT Bukit Mertajam, Tuan Haji Azhar Amanullah bin Arifin, beliau berterima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah atas usaha pelaksanaan program ini. Tajuk yang agak berat ini amat sesuai dan wajar didedahkan kepada para pelajar kerana ianya terkandung dalam silibus matapelajaran yang diajar di sekolah. Beliau juga berharap para pelajar memberikan tumpuan yang sebaiknya agar mereka mendapat maklumat yang berguna.

Sesi kuiz kenegaraan yang diselitkan dalam Program Ceramah Amalan Demokrasi Berparlimen di SMKT Bukit Mertajam

Sesi kuiz kenegaraan yang diselitkan dalam Program Ceramah Amalan Demokrasi Berparlimen di SMKT Bukit Mertajam

Sepanjang ceramah berlangsung, pelajar didedahkan dengan sistem pemerintahan yang terdapat di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan, proses pilihan raya yang dijalankan, fungsi-fungsi parlimen, amalan demokrasi, dan lain-lain. Rata-rata pelajar melahirkan rasa teruja dan berharap agar program seumpama ini diteruskan lagi di masa akan datang. Menurut adik Amsyar, pelajar tingkatan empat, beliau berasa bertuah dapat mendengar ceramah ini kerana ianya sarat dengan maklumat yang berguna. Beliau juga turut menyatakan minat untuk menyertainya lagi di masa hadapan.

Program ini dimeriahkan lagi dengan kuiz kenegaraan yang dilihat sangat mendapat sambutan daripada para pelajar sehingga mereka berebut-rebut untuk menjawab soalan yang diutarakan. Hadiah cenderahati yang ditawarkan berupa bahan promosi Jabatan Penerangan menjadi faktor mereka bersemangat dan sangat teruja untuk turut mengambil bahagian. Selain itu, Pejabat Penerangan Daerah juga turut mengambil inisiatif membuka kaunter PMR mobile untuk mengedarkan bahan penerbitan jabatan kepada para pelajar.

Sebahagian peserta yang hadir para Program Ceramah Amalan Demokrasi Berparlimen SMKT Bukit Mertajam

Sebahagian peserta yang hadir para Program Ceramah Amalan Demokrasi Berparlimen SMKT Bukit Mertajam

Program yang berlangsung kira-kira dua jam ini dilihat berjaya mencapai matlamatnya dalam memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan amalan demokrasi berparlimen yang dilaksanakan di Malaysia. Maklumat yang disampaikan melalui ceramah ini penting untuk disebarkan kepada para pelajar sebagai pengetahuan asas mereka sebelum bergelar pengundi apabila tiba masanya nanti.

ER

Tinggalkan komen anda