Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

GLC Digalak Bantu Kerajaan Bangunkan Kawasan Terpencil – Shafie

By 3 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Asmidar Zainol/Vicky Matanjang (Kota Kinabalu)

BELURAN, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) digalakkan membantu kerajaan dalam membangunkan kawasan terpencil di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Aphdal berkata, inisiatif Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di Kampung Matanggal itu boleh dijadikan contoh di kawasan lain.

Shafie (tengah) menandatangani plak perasmian asrama murid-murid di Sekolah Kebangsaan Matanggal.

Shafie (tengah) menandatangani plak perasmian asrama murid-murid di Sekolah Kebangsaan Matanggal.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan usaha dan pendekatan yang dijalankan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

“Inisiatif ini antaranya merangkumi asrama sekolah, klinik kerajaan serta bekalan air graviti, bekalan elektrik hibrid secara usaha sama di antara syarikat korporat atau GLC dengan penduduk kampung dan juga perkhidmatan talian telefon.

Shafie (depan, kiri) mencuba talian telekomunikasi di kampung berkenaan dengan menghubungi Richard (depan, kanan).

Shafie (depan, kiri) mencuba talian telekomunikasi di kampung berkenaan dengan menghubungi Richard (depan, kanan).

“Saya melihat inisiatif ini berpotensi untuk diperluas ke seluruh negeri terutamanya di kawasan yang terpencil bagi membantu penduduk serta kerajaan negeri membangun dan memajukan lagi negeri ini,” ujarnya.

Shafie menjelaskan demikian selepas merasmikan Projek Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) Mahkamah Bergerak di Kampung Matanggal, pada Selasa.

Shafie (duduk, kanan) turut tidak melepaskan peluang mendapatkan saringan kesihatan pada program berkenaan.

Shafie (duduk, kanan) turut tidak melepaskan peluang mendapatkan saringan kesihatan pada program berkenaan.

Pada majlis tersebut, Shafie mengumumkan peruntukan tambahan RM200 ribu bagi pembinaan klinik kerajaan dan pembinaan dapur serta bilik pembelajaran di asrama SK Matanggal.

Shafie turut mengumumkan peruntukan RM500 ribu untuk membina rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampung tersebut.

Penduduk kampung Dan dari kampung berdekatan tidak melepaskan peluang mendapat perkhidmatan mahkamah bergerak

Penduduk kampung dari kampung berdekatan tidak melepaskan peluang mendapat perkhidmatan mahkamah bergerak.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada mantan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum atas usaha mendapatkan tajaan dan sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta dan GLC.

Antaranya ialah Boustead Plantations Bhd, Lexis Nexis, Warisan Harta Sabah Sdn Bhd, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Komuniti Pacuan Empat Roda, Pejabat Pendaftaran Malaysia dan banyak lagi.

Shafie (dua dari kiri) meninjau keadaan asrama yang ditaja oleg syarikat swasta dan dibina oleh orang kampung secara bergotong royong.

Shafie (dua dari kiri) meninjau keadaan asrama yang ditaja oleg syarikat swasta dan dibina oleh orang kampung secara bergotong royong.

Turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sugut, Datuk James Ratib; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah; Pegawai Daerah Beluran, Nordin Daling; Penyelaras Program Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Pitrus Lee serta wakil penduduk kampung, Abdul Ajis Bongking.

EM

Tinggalkan komen anda