Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Karnival Kebudayaan Eratkan Perpaduan Masyarakat

By 28 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Muhd Remmy (Sarawak)

MUKAH,28 Mei (Malaysiaatif) – Karnival Kebudayaan Cina pelajar sekolah rendah dan menengah kebangsaan peringkat Negeri Sarawak bagi tahun ini mendapat sambutan hangat daripada pelajar berbilang kaum di negeri ini bukan sahaja kaum Cina, malah kaum lain seperti Melanau, Melayu, dan Iban. Karnival yang berlangsung di Kingwood Resort  telah disempurkankan oleh Datuk Hanifah Hajar Taib, disini semalam.

Dalam ucapan perasmian beliau berkata “Melalui penyertaan dari pelbagai kaum seperti ini, sudah pasti kita mampu mengeratkan lagi ikatan perpaduan serta semangat setiakawan sesama kita rakyat Sarawak terutamanya dan semangat perpaduan ini seharusnya kita semai dalam diri anak-anak kita bermula dari langkah pertama mereka menjejakkan kaki di alam persekolahan

sejarah berkaitan kebudayaan cina ini, Sarawak mempamerkan kepelbagaian yang ketara dalam etnik, budaya dan bahasa, dan itu menjadikan Sarawak lebih unik dan masyarakat yang majmuk dapat memahi pelbagai budaya yang ada”, ujar beliau.

Beliau juga menyatakan penganjuran karnival kebudayaan seperti ini harus dicontohi dan diteruskan bagi memartabatkan bangsa-bangsa yang ada, sekaligus mempelihara keunikannya yang tersendiri di kalangan rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan sehingga kini kita masih dapat hidup bersama dalam keadaan aman harmoni.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival yang cukup berprestij tersebut. Karnival kebudayaan Cina telah berlangsung selama dua hari dan mempertandingkan empat acara kesinian iaitu Wushu, Tarian Naga, Tarian Singa dan Gendang Cina.

 Turut hadir pada majis perasmian tersebut  Christopher Spencer Latip, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Mukah, guru – guru dan juga wakil daripada persatuan – persatun Cina Negeri Sarawak.

Tinggalkan komen anda