Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala Lumpur

Kerajaan Sasar 500 Premis i-KeeP Menjelang 2020

By 30 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Balakrishnan Ramanathan/Zaharah Ismail (Bukit Bintang)

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Peningkatan jumlah jualan di hampir kesemua 304 kedai terlibat dengan inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP) membuktikan orang ramai memanfaatkannya sejak permulaan operasinya enam bulan lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga pernah melaporkan terdapat jumlah jualan daripada kedai yang terlibat dengan i-KeeP ini meningkat sehingga 40 peratus ketika di Dewan Rakyat pada April lalu.

“Kerajaan melancarkan inisiatif i-Keep yang menawarkan barang keperluan harian pada harga 2% hingga 20% lebih murah daripada harga pasaran di premis kendalian rakan strategik peruncitan yang menyertai inisiatif itu.

Paparan logo i-KeeP memudahkan orang ramai mengenal pasti barangan disenaraikan dan perbandingan harga dengan barangan yang bukan disenaraikan.

Paparan logo i-KeeP memudahkan orang ramai mengenal pasti barangan disenaraikan dan perbandingan harga dengan barangan yang bukan disenaraikan.

“i-Keep berslogankan “Harga Ekonomi Belian Terbaik” ini menawarkan hampir 200 jenis barangan keperluan harian berjenama yang disenaraikan pada harga berpatutan dan lebih murah berbanding kedai biasa dengan mengekalkan pembungkusan barangan berkenaan,” katanya ketika pembentangan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Tinjauan Malaysia Aktif di beberapa pasaraya di Jalan Pudu mendapati logo i-KeeP dipaparkan secara berasingan bersama barangan yang memudahkan para pengguna mengenal pasti barangan keperluan harian disenaraikan serta membezakan harga jualannya.

Di samping itu, logo i-KeeP yang digantung di premis-premis berkenaan jelas menunjukkan penyertaannya dalam inisiatif kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Fasa pertama program i-KeeP dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia melalui kerjasama enam rakan strategik syarikat yang mempunyai jenama peruncitan tersendiri seperti Tunas Manja Group, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Segi Cash & Carry Sdn Bhd, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak Berhad dan Big Supermart Sdn Bhd.

Kerajaan kini menyasarkan 500 premis i-KeeP menjelang 2020 dengan hampir di setiap laluan utama serta kawasan berkepadatan tinggi di Kuala Lumpur sudah pun mempunyai beberapa premis i-KeeP yang menawarkan barangan dengan harga lebih murah secara tidak langsung meringankan kos sara hidup warga ibu kota ini.

-SH

Tinggalkan komen anda