Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kerjasama JaPen – Plus Salur Maklumat Kepada Pengguna Lebuhraya

By 29 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir/Mohd Zaini Dollah (Seberang Perai Selatan)

SUNGAI BAKAP, 29 Mei (Malaysiaaktif) – MobileKiosk@JaPenSPS sentiasa ada dimana-mana. Itulah peranan dan tanggungjawab kakitangan Jabatan Penerangan Seberang Perai Selatan (JaPen SPS) dalam menyampai dan menyebarkan fakta yang tepat serta maklumat berkaitan isu-isu semasa dan kempen-kempen dasar Kerajaan Malaysia Baharu.

Komunikasi bersemuka masih relevan dalam memberi kefahaman kepada orang ramai. Walaupun dalam bulan puasa, tidak menghalang JaPen turun padang di kawasan Hentian Rehat Sungai Bakap Arah Selatan bagi tujuan edaran risalah, buku kecil dan juga poster-poster kempen kerajaan seperti Fakta Tabung Haji, Statut Rome, Kempen Larangan Merokok di tempat awam, Laporan Jenayah Rasuah dan sebagainya.

Pegawai Penerangan Daerah, Farhani Ismail turut sama memberi penjelasan kepada salah seorang pengguna lebuhraya

Pegawai Penerangan Daerah, Farhani Ismail turut sama memberi penjelasan kepada salah seorang pengguna lebuhraya

Usaha ini mendapat kerjasama padu dari pihak PLUS Seksyen N3/N7 (Sungai Petani/Jawi). Menurut Ketua Trafik Dan Keselamatan PLUS, Uzir bin Din,  pihaknya cukup mengalu-alukan kerjasama ini di masa akan datang kerana ia dilihat amat berkesan dalam memberi maklumat ringkas kepada pengguna-pengguna Jalan Raya.

Disamping itu, pihak PLUS juga mengharapkan agar semua pengguna jalan raya sentiasa mengikuti peraturan keselamatan yang ditetapkan agar risiko kemalangan dapat dikurangkan.

 Mohammad Nizar bin Abdul Hamid, 50 tahun berkata, “beliau berterima kasih kepada pihak Jabatan penerangan kerana berusaha menyampaikan maklumat-maklumat melalui kaedah komunikasi bersemuka.

Pemandu bas, mohammad nizar abdul rahman menyifatkan degan cara ini beliau dapat maklumat yang lebih jelas mengenai isu tabung haji.

Pemandu bas, mohammad nizar abdul rahman menyifatkan degan cara ini beliau dapat maklumat yang lebih jelas mengenai isu-isu yang sering diputar belit dalam media sosial

Menurutnya, maklumat sebegini biasanya diperolehi melalui media elektronik dan media cetak. Dengan suasana yang akan menyambut perayaan hari raya tidak lama lagi usaha ini dilihat mampu memberi impak yang baik kepada masyarakat.

Kaedah ini juga dapat dilaksanakan secara berterusan menjelang hari perayaan yang disambut oleh rakyat pelbagai kaum dinegara ini katanya.

Tinggalkan komen anda