Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Legasi ‘Raja’ Penerus Warisan Perusahaan Nisan dan Belindan

By 28 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: W Shahilawati W Baharuddin/NorFadzlina Ahmad Fadzli (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 28 Mei (MalaysiaAktif)– “Nak buat kerja macam ini mesti ada minat yang mendalam kalau tak memang tak menjadi. Sejak zaman sekolah lagi saya membantu ayah mengukir batu nisan dan belindan sebagai penanda kubur dan saya generasi kedua mewarisi perniagaan keluarga,” kata Raja Muhamad Zulkhairi Raja Sulaiman.

Bagi Raja Muhamad Zulkhairi, 38, meneruskan perusahaan legasi bapanya, Raja [email protected] Raja Soh bersama adiknya Raja Faizudin adalah menjadi sumber utama mata pencarian mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah, saya dan adik berjaya memperkembangkan perusahaan ini dengan memiliki tiga cawangan kedai dan satu bengkel di sekitar Kota Bharu,” jelas beliau.

“Purata hasil jualan bulanan kami lebih kurang RM20,000,” katanya yang merupakan anak keempat dari lima beradik.

Tambah beliau, walaupun berkecimpung dalam perusahaan yang penuh habuk dan comot, permintaan pelanggan boleh dikatakan tidak menang tangan dibuatnya.

Pelbagai Jenis batu diukir dijadikan nisan

Pelbagai Jenis batu diukir dijadikan nisan

“Setiap kali menjelang Ramadan dan Syawal, kami menerima tempahan yang tinggi sehingga meningkat lebih 50 peratus berbanding bulan biasa dan ini memerlukan bantuan lima orang pekerja tambahan,” ujar beliau lagi.

Menurut beliau, tempahan batu nisan dibuat bukan kerana kematian sahaja, malah ada yang menempah untuk menggantikan yang rosak atau lama kepada baharu.

Sementara itu dari segi harganya pula paling murah adalah RM450 satu set dan paling mahal RM15,000 bergantung kepada bahan yang digunakan.

Namun katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mahu mengggunakan bahan-bahan lain serta ukiran tertentu sekiranya bersetuju dengan harga yang ditawarkan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda