Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanHomeSabah

Makan Malam Amal ‘The Legends Live on’ 22 Sept Depan

By 14 Mei 2019Mei 16th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Asmidar Zainol/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Orang ramai dijemput memeriahkan Majlis Makan Malam Amal “The Legends Live on: Elvis Presley, Tom Jones & P. Ramlee (Sabah)” anjuran Pertubuhan Seni Muzik Sinaran Bintang-Bintang Sabah (PSM) dengan kerjasama DMS Group pada 22 September depan.

Tun Juhar (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Gomez (kanan).

Tun Juhar (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Gomez (kanan).

Pengerusi Penganjur, Chris Gomez berkata, penganjuran makan amal tersebut adalah bagi mengutip sumbangan kepada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah.

“Kita mengalu-alukan kehadiran para dermawan pada malam tersebut untuk sama-sama menyumbang kepada dua NGO iaitu Persatuan Thalassemia Sabah dan Pertubuhan Bagi Orang Buta Sabah sambil berhibur dengan lagenda artis dunia.

Gomez (dua dari kanan) memberi penerangan berkenaan majlis makan malam amal tersebut kepada Tun Juhar (kanan).

Gomez (dua dari kanan) memberi penerangan berkenaan majlis makan malam amal tersebut kepada Tun Juhar (kanan).

“Majlis berkenaan akan diadakan di ITCC Penampang bermula 7.30 malam hingga 10.30 malam dan akan dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Dr Norlidah R.M Jasni.

“Kita menjanjikan malam yang penuh dengan lagu-lagu nostalgia bagi peminat-peminat legenda Elvis Presley, Tom Jones dan Fairuz Hussin yang berasal dari Sabah yang sangat popular ketika ini sebagai selebriti P. Ramlee,” ujarnya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Negeri, semalam.

Kenangan... Rombongan PSM dan DMS bergambar kenangan bersama Tun Juhar (duduk, tengah).

Kenangan… Rombongan PSM dan DMS bergambar kenangan bersama Tun Juhar (duduk, tengah).

Menurut Gomez, meja-meja akan dijual berharga RM1500 hingga RM3000 bermula Jun depan dan untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi beliau di talian 019-870 4820.

EM

Tinggalkan komen anda