Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanHomeSabah

Aman Palestin Sabah Sasar Kutip RM300 Ribu Sepanjang Ramadan

By 14 Mei 2019Mei 16th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Asmidar Zainol/Vicky Matanjang (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Aman Palestin Sabah menyasarkan kutipan sumbangan RM300 ribu untuk diagih kepada pelarian Palestin dan Syria sepanjang Ramadan ini.

Pengurus Aman Palestin Cawangan Sabah, Jumriati Abdullah berkata, kutipan sumbangan bagi Tabung Ramadan Kareem itu telah bermula sejak 28 April hingga 4 Jun depan.

Tun Juhar (kanan) bertanyakan sesuatu kepada Anas (tengah).

Tun Juhar (kanan) bertanyakan sesuatu kepada Anas (tengah).

“Sumbangan ini akan diagihkan kepada pelarian Palestin serta Syria yang sedang hidup dalam kesempitan dan tertekan di Tebing Barat, Gaza, Lubnan, Jordan dan Syria.

“Pada masa ini, sambutan yang diberikan oleh rakyat Sabah amat menggalakkan di mana sejumlah RM220 ribu berjaya dikumpulkan dan kita berharap sasaran dapat dicapai sebelum berakhirnya Ramadan,” jelasnya.

Anas (kiri) menyampaikan cendermata kepada Tun Juhar (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Hatta (dua dari kanan) dan Jumriati (kanan)

Anas (kiri) menyampaikan cendermata kepada Tun Juhar (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Hatta (dua dari kanan) dan Jumriati (kanan)

Tambah Jumriati, bagi tujuan tersebut, pihaknya bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan serta Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

“Kita menganjurkan program Jelajah Aktivis dengan membawa mereka yang pernah ditahan oleh Israel untuk berkongsi pengalaman, selain mengadakan kempen kesedaran.

Anas (depan) memakaikan selempang Aman Palestin kepada Tun Juhar (tengah).

Anas (depan) memakaikan selempang Aman Palestin kepada Tun Juhar (tengah).

“Selain itu, kita turut mengadakan program Bubur Lambuk dan Iftar dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM),” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada semalam

 

.

Sementara itu, Pengarah Media Aman Palestin, Anas Abdul Wahab berkata kunjungan berkenaan bertujuan untuk memberikan penerangan serta gambaran tentang apa yang berlaku di bumi Palestine.

KENANGAN...Jumriati (kanan), Hatta (dua dari kanan) dan Anas (kiri) bergambar kenangan bersama Tun Juhar (dua dari kiri).

KENANGAN…Jumriati (kanan), Hatta (dua dari kanan) dan Anas (kiri) bergambar kenangan bersama Tun Juhar (dua dari kiri).

“Kami berharap seluruh rakyat Sabah akan memberikan kerjasama serta sokongan padu kepada usaha-usaha pembebasan terutamanya kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis dan juga membantu rakyat Palestin kerana ia merupakan isu yang paling utama pada masa ini,” katanya dalam kunjungan yang disertai Ahli Mesyuarat Aman Palestin Cawangan Sabah, Dr Mohamed Hatta Mohd Tarmizi.

Untuk rekod, Aman Palestin mempunyai dua cawangan di Sabah iaitu di Kota Kinabalu dan Tawau, satu cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan, 16 di Semenanjung Malaysia serta dua lagi di Indonesia.

Sumbangan boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi JOM MENYUMBANG (untuk Android) dan Aman Palestin Berhad (IOS) atau menyalurkan sumbangan ke akaun bank Bank Islam -12029010047880, Maybank – 562263010787 atau CIMB Bank – 8600460353 serta untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 019-8852165/ 088-486281.

EM

Tinggalkan komen anda