Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Perkongsian Ilmu Sempena Sambut Ramadan

By 6 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah (Seberang Perai Selatan)

SUNGAI ACHEH, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Bertempat di Dewan JKKK Batas Pinang Sungai Acheh telah berlangsung program Pencernaan Minda sempena menyambut kedatangan bulan yang dirindui oleh umat Islam iaitu bulan Ramadan al-Mubarak.

Program anjuran Pejabat Penerangan Seberang Perai Selatan (SPS) dengan kerjasama KRT dan Kemas Sungai Acheh mendapat sambutan menggalakan dari masyarakat setempat.

Antra penduduk Sungai Acheh yang hadir

Antra penduduk Sungai Acheh yang hadir

Majlis disempurnakan oleh Farhani Ismail, Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan. Menurut beliau, penganjuran program merupakan salah satu cara jabatan dalam usaha menyampaikan informasi kepada komuniti  berkaitan agenda dan dasar kerajaan agar masyarakat mendapat kefahaman yang lebih jelas.

Dalam pada itu, edaran bahan penerbitan merupakan juga usaha efektif menyampaikan maklumat secara bersemuka dan bertemu secara langsung dengan masyarakat katanya lagi.

“Matlamat kedua penganjuran program ini adalah sebagai satu perkongsian ilmu bersama penduduk yang bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak dengan tazkirah Ramadhan yang di sampaikan oleh Ustaz Azizi Roslan jemputan khas dari PDRM jawi,” ujarnya.

Dengan itu, skuadKiosk@JapenSPS  mengadakan pameran dan mengedar bahan penerbitan serta poster kepada orang ramai.

Tinggalkan komen anda