Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Karnival SMH Pupuk Perpaduan Antara Masyarakat

By 6 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Hanafi Sariman/Shamsul Bahari (Seberang Perai Utara)

PINANG TUNGGAL, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Karnival Sepakat Malaysiaku Harapanku (SMH) Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2019 yang bertempat di Padang Awan Taman Shahbandar, Bertam Perdana disambut meriah dengan kehadiran seramai 1500 pengunjung dari masyarakat setempat dan kawasan berhampiran.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Pejabat ADUN Pinang Tunggal dengan kerjasama beberapa jabatan dan agensi lain ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ IR. Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1, Negeri Pulau Pinang menerima sambutan hangat dengan kehadiran pengunjung dari seawal 6.30 pagi bagi menyertai Larian Sepakat Fun Run iaitu salah satu acara yang ada sempena program berkenaan berlangsung.

Acara sukaneka tari tari menjadi perhatian orang ramai

Acara sukaneka tari tari menjadi perhatian orang ramai

Program diteruskan dengan acara Zumba dan Aero Dance. Peluang ini tidak dilepaskan terutama oleh peminatnya yang ramai dari golongan wanita ianya juga turut disertai oleh kaum ibu, waris kepada peserta-peserta pertandingan mewarna kanak-kanak yang ada ketika itu.

Program dimeriahkan lagi dengan penglibatan orang ramai yang menyertai acara sukaneka. Antara acara yang menjadi tumpuan pertandingan ‘BeyBlade’ iaitu permainan yang menjadi ikutan kanak-kanak dan sedang viral masa kini.

Ucapan Perasmian oleh Dato' IR. Zakiyuddin Abd Rahman, TKM1 Negeri Pulau Pinang

Ucapan Perasmian oleh Dato’ IR. Zakiyuddin Abd Rahman, TKM1 Negeri Pulau Pinang

Menurut Encik Zainuddin Mohammed pengerusi Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Bertam Perdana selaku tuan rumah bagi lokasi program berkenaan berasa amat puas hati apabila sambutan yang ditunjukkan oleh penduduk setempat amat memberangsangkan.

Selain itu, sebanyak 14 penglibatan pameran jabatan dan agensi kerajaan termasuk beberapa syarikat swasta melibatkan diri di dalam program ini. Suasana karnival turut dihidupkan lagi dengan penglibatan dari 42 gerai yang menyediakan pelbagai jualan barangan dan makanan serta minuman.

Program yang diadakan mendapat sambutan amat baik dikalangan masyarakat setempat. Sesi cabutan bertuah mengakhiri program yang telah diadakan sepanjang hari. Hadiah seperti barang perkakasan elektrik dan hadiah utama basikal menarik tumpuan orang ramai.

 

Tinggalkan komen anda