Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Jambatan Kedua Tanjung Lumpur Siap Ogos

By 28 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Pai Syahira (Pahang)

KUANTAN, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Projek jambatan kedua yang menghubungkan bandar Kuantan dengan Bandar Putra Tanjung Lumpur, Kuantan dijangka siap pertengahan Ogos dan dibuka kepada orang ramai pada hujung tahun ini.

Papan perjalanan keseluruhan projek yang bermula sejak Ogos 2016.

Papan perjalanan keseluruhan projek yang bermula sejak Ogos 2016.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir, projek itu sudah 84.2 peratus siap dan hanya perlu penambah baikan beberapa kemudahan di jambatan terbabit sebelum boleh digunakan sepenuhnya.

ā€œStruktur jambatan itu sudah hampir siap dan kerja yang dilakukan ketika ini adalah membabitkan aspek kekemasan seperti pemasangan lampu jalan dan kerja menurap laluan pada jambatan,ā€ ujar Anuar

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memastikan alam sekitar dapat dijaga sebaiknya dan pembinaan jambatan tersebut tidak akan menjejaskan ekosistem di kawasan terbabit. Penanaman semula pokok bakau juga akan dilakukan selepas projek siap sepenuhya.

Anuar berkata, ā€œKita amat pentingkan penjagaan alam sekitar dan akan memastikan kelestariannya. Oleh itu, kita akan memasang lampu jalan solar LED supaya ia jimat dan mesra alam sekitar, selain akan menanam semula pokok bakau.ā€

Selain itu, pembinaan rumah api dari tenaga solar menunjukkan dasar kerajaan yang menitik beratkan isu mesra alam sekitar terhadap pembangunan.

ā€œDi bawah jambatan ini adalah lebuh raya nelayan dan cadangan pembinaan rumah api di pengkalan dapat dimanfaatkan dengan pengunaan tenaga solar,ā€ katanya.

Beberapa kemasan akhir projek akan diselenggara sebelum dibuka kepada orang ramai.

Beberapa kemasan akhir projek akan diselenggara sebelum dibuka kepada orang ramai.

Difahamkan projekĀ  jambatan kedua itu dapat menjimatkan masa sehingga 20 minit bagi pengguna jalan raya dari bandar Kuantan yang ingin ke bandar Putra, di Tanjung Lumpur berbanding jika sebelum ini, kebiasaannya pengguna jalan raya mengambil masa sehingga 35 minit untuk sampai ke Tanjung Lumpur.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia Aktif selepas berakhirnya sesi lawatan di tapak pembinaan jambatan kedua menghubungkan bandar Kuantan dan bandar Putra Tanjung Lumpur.

Hadir sama, Pengarah JKR Negeri pahang, Datuk Othman Nordin.

Kos pembinaan jambatan yang berukuran 451 meter merentasi Sungai Kuantan melibatkan peruntukan berjumlah RM161 juta mula dijalankan pada Ogos 2016 lalu.

Pembinaan jambatan dilaksanakan secara ā€˜Design and Buildā€™ juga merangkumi laluan jalan baru sepanjang 1.524 km ini dapat mengurangkan kesesakan aliran trafik selain dapat memendekkan jarak perlananan dari arah Bandar Indera Mahkota ke Tanjung Lumpur.

-KN

Tinggalkan komen anda