Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Media Main Peranan Signifikan Promosi Kejayaan UMS

By 27 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Asmidar Zainol/Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Media memainkan peranan relevan dan signifikan dalam membantu mempromosi kejayaan dan usaha membangunkan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

D Kamarudin semasa menyampaikan ucapan.

D Kamarudin semasa menyampaikan ucapan.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, peranan media juga penting dalam memastikan kelangsungan tadbir urus dan governan bagi organisasi dan institusi.

“Peranan media penting dalam suatu tadbir urus dan governan di mana-mana organisasi dan institusi supaya sentiasa berjalan berdasarkan prosedur yang betul, cekap dan cemerlang.

Antara mereka yang hadir pada majlis tersebut

Antara mereka yang hadir pada majlis tersebut

“Ini kerana organisasi atau institusi awam mempunyai obligasi untuk memastikan stakeholder dan rakyat mengetahui perkembangan sesebuah organisasi.

“Mana yang tidak betul, rakyat boleh menegur menerusi saluran yang betul bertujuan untuk memastikan organisasi sentiasa berada pada landasan yang betul dalam melaksanakan apa jua aktiviti dan tindakan sehariannya yang melibatkan kepentingan awam,” jelas beliau.

KY Mustafa menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil-wakil media.

KY Mustafa menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil-wakil media.

Menurut D Kamarudin, UMS telah mencapai penarafan atau ranking antarabangsa pada tahun 2018 dan ia menunjukkan peningkatan sekitar 44 tangga berbanding pada tahun 2016 iaitu di kedudukan ke-206 dalam QS Asia University Rankings (QSAUR).

Ujarnya, dengan penambahbaikan berterusan yang dilakukan oleh UMS itu diharap institusi itu mampu tersenarai dalam Top 200 di Asia pada tahun 2019.

KY Mustafa menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil-wakil media.

KY Mustafa menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil-wakil media.

“Buat kali pertama, UMS tersenarai dalam QS World University Rankings (QSWUR) dan berdasarkan QSWUR 2020, UMS berada pada kedudukan 801–1000 di dunia iaitu antara 1,000 universiti terbaik di dunia ketika ini.

“Pencapaian ini bukannya suatu perkara yang mudah untuk diperoleh berdasarkan kriteria-kriteria pemilihan yang sangat spesifik.

KY Mustafa menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil-wakil media.

KY Mustafa menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil-wakil media.

“Satu lagi pencapaian UMS di peringkat global ialah penyenaraian dalam UI GreenMetric World University Ranking dengan menempatkan UMS pada kedudukan ke-71 di dunia, ke-17 di Asia dan ke-4 di Malaysia, pada tahun 2018,” katanya dalam Majlis Kaamatan – Raya Bersama Media 2019 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada Selasa.

Tambahnya, UMS juga telah berjaya mewujudkan Institut GONGZI atau Confucius Institure (CI) bermula Januari, 2019 dan menjadikan UMS sebagai institusi pengajian tinggi yang ketiga, dan universiti awam yang kedua di Malaysia yang mempunyai CI dan menjadi antara sekitar 510 institusi yang mempunyai CI di 127 buah negara.

KY Mustafa menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil-wakil media.

KY Mustafa menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil-wakil media.

D Kamarudin merupakan naib canselor kelima sejak UMS ditubuhkan pada 1994 dan bakal menamatkan perkhidmatanya pada 29 Julai nanti.

Pada majlis itu, seramai 100 pengamal media diraikan dan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk KY Mustafa.

-EM

Tinggalkan komen anda