Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kerajaan Komited Tangani Insiden Pencemaran di Pasir Gudang

By 27 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Nabila Bohari/Rabiaton Adawiah Ahmed Tajudin/Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

PASIR GUDANG, 27 Jun 2019 (Malaysiaaktif) – Perkembangan insiden gangguan kesihatan (sesak nafas dan muntah-muntah) pelajar sekolah di sekitar Pasir Gudang semakin positif.

Sehingga semalam, seramai tujuh (7) orang berada di wad dan tidak memerlukan rawatan intensif.

Perkembangan positif ini susulan daripada tindakan kerajaan menutup 111 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan Tinggi, 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 buah tadika swasta yang berdaftar.

Penutupan yang bermula 25 Jun 2019 sehingga 27 Jun 2019, signifikan memandangkan dari pertama kejadian, mangsa yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar sekolah dan kanak-kanak di sekitar Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa, Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata kerajaan amat memandang serius insiden ini dan telah mengarahkan semua jabatan dan agensi berkaitan mengambil tindakan segera bagi menangani insiden ini sejak dari hari pertama kejadian lagi.

Keadaan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang menunjukkan keadaan bertambah positif susulan tindakan kerajaan menutup 111 buh sekolah di sekitar Pasir Gudang

Keadaan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang menunjukkan keadaan bertambah positif susulan tindakan kerajaan menutup 111 buh sekolah di sekitar Pasir Gudang

“Sehingga ke hari ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah membuat pemeriksaan di 30 premis berisiko tinggi dan satu premis memproses sisa toksik telah diarahkan membuat pelupusan sisa toksik serta merta” ujar beliau semasa kepada pemberita semasa sidang media diadakan.

Operasi bersepadu telah dijalankan bagi mengelakkan insiden sama berulang dan pihak JAS dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DIOSH) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mengadakan operasi bersepadu bagi memastikan 250 premis yang dikenal pasti mengendalikan bahan-bahan berbahaya mematuhi Standard Procedure Operating (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Tindakan tegas akan diambil kepada industri yang melanggar Standard Procedure Operating (SOP) yang telah digariskan.

“ Susulan insiden ini juga, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan untuk melakukan sekatan jalan raya di sekitar daerah Pasir Gudang dan sekitarnya bagi memastikan tidak berlaku aktiviti membawa keluar sisa toksik secara runcit oleh industri” ujar beliau bagi mengulas tindakan yang diambil kerajaan menangani insiden ini.

Tahap kualiti udara akan terus dipantau menggunakan gas analyser (GASMET) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) melalui pasukan HAZMAT dalam radius pengesanan 6 kilometer (KM) hingga 13 KM untuk memastikan tahap kualiti udara di kawasan sekitar selamat kepada orang awam.

Orang ramai dinasihatkan supaya memakai mask sebagai langkah berjaga-jaga dan disaran mendapatkan rawatan ke klinik berdekatan sekiranya mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.

-EM

Tinggalkan komen anda