Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Penjawat Awam Turut Dirai

By 1 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sarah Abdul Halim/Hasnol Hadi Hashim (Kulim)

KULIM, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Kakitangan kerajaan daerah Kulim yang berpendapatan rendah diraikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Program Sumbangan Golongan Asnaf Kakitangan Kerajaan Daerah Kulim dengan kerjasama syarikat tekstil bumiputera terkenal, Jakel.

Seramai 165 orang penjawat awam dipilih untuk menerima sumbangan berupa barangan dapur dan baucar, dan turut menerima sumbangan adalah 100 orang anak yatim dan pelajar tahfiz yang kurang berkemampuan.

Menurut Saifuddin penjawat awam selama ini telah banyak berkorban dan menjadi tulang belakang kerajaan dalam mentadbir negara.

“Di sebalik tanggungjawab kepada rakyat, kakitangan kerajaan juga seperti rakyat yang lain yang mempunyai masalah seperti ibu tunggal, penghidap penyakit kronik serta keluarga besar.

“Sebagai penghargaan, kami mengambil insiatif ini untuk meraikan mereka dalam majlis seperti ini,” ujarnya di Dewan Bandaran, Majlis Perbandaran Kulim, di sini semalam.

Saifuddin turut menyeru kepada syarikat perniagaan yang lain supaya turut sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan.

-SH

Tinggalkan komen anda