Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

100 Peserta Perubatan Diberi Pendedahan Perawatan Endoskopi

By 21 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu) 

KOTA KINABALU, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih 100 peserta terdiri dari kalangan pakar, pegawai serta jururawat perubatan daripada dalam dan luar negara didedahkan dengan perawatan Endoskopi pada bengkel anjuran Jabatan Pembedahan dan Perubatan Am Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Peserta didedahkan dengan kaedah serta prosedur perubatan melibatkan menggunakan peralatan yang dikenali endoskop.

Peserta didedahkan dengan kaedah serta prosedur perubatan melibatkan menggunakan peralatan yang dikenali endoskop.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari melibatkan beberapa teknik perawatan tertentu diadakan di Dewan Auditorium HQE bermula pada 20 Jun.

Ketua Penolong Pengarah Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr. Chin Kuan Yei ketika hadir merasmikan bengkel berkata, selaras dengan dasar kualiti hospital, usaha meningkatkan kemahiran di kalangan kakitangan perawatan dan perubatan terus diberi perhatian termasuklah kursus dan bengkel endoskopi.

Perawatan endoskopi membolehkan doktor melihat ke bahagian tertentu di dalam badan melalui kamera bagi mengenalpasti masalah serta perawatan mengikut jenis penyakit.

Perawatan endoskopi membolehkan doktor melihat ke bahagian tertentu di dalam badan melalui kamera bagi mengenalpasti masalah serta perawatan mengikut jenis penyakit.

“Selain komited memberi rawatan perubatan yang cekap, selamat dan mengikut protokol perubatan semasa, konsep penambahbaikan secara berterusan menerusi bengkel akan terus diberi perhatian.

“Ini supaya warga Kementerian Kesihatan berpeluang mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan seiring dengan garis panduan, kaedah dan teknik perawatan dan perubatan terkini,” jelasnya.

Dr. Chin Kuan Yei (kedua kiri) diiringi bersama Dr. Rohamini ( kedua kanan) melawat tapak pameran melibatkan peralatan endoskop diruang lobi pameran hospital.

Dr. Chin Kuan Yei (kedua kiri) diiringi bersama Dr. Rohamini (kedua kanan) melawat tapak pameran melibatkan peralatan endoskop di ruang lobi pameran hospital.

Perawatan Endoskopi merupakan kaedah serta prosedur perubatan dengan melihat ke dalam rongga badan untuk tujuan perubatan dengan menggunakan peralatan yang dikenali endoskop.

Kaedah ini membolehkan doktor melihat ke bahagian tertentu di dalam badan melalui kamera bagi mengenalpasti masalah serta perawatan mengikut jenis penyakit.

Sebahagian daripada kakitangan dan jururawat hospital di wad Endoskopi yang terlibat menjayakan bengkel sepanjang dua hari.

Sebahagian daripada kakitangan dan jururawat hospital di wad Endoskopi yang terlibat menjayakan bengkel sepanjang dua hari.

Panel penceramah yang terlibat membentangkan kertas kerja berhubung kaedah dan prosedur rawatan endoskopi termasuklah Profesor Dr. Sinjiv Mahadeven, Dr. Mahadeven Deva Tata serta Pakar Pembedahan dari Hospital Selayang, Dato’ Dr. Fitzgerald Hendry.

Hadir sama pada majlis perasmian Timbalan Pengarah Klinikal 1 HQE, Dr . Yogendra A/L Panchalingam; Ketua Jabatan Perubatan, Datuk Dr. Raman Muthukaruppan serta Ketua Jabatan Pembedahan Am, Datin Dr. Rohamini Sibin selaku Pengerusi Penganjur Bengkel Endoskopi Peringkat Kebangsaan 2019.

-EM

Tinggalkan komen anda