Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Perwakilan CPC Kunjung Hormat Dr Mahathir

By 13 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), Li Xi, di Perdana Putra, di sini.

Li yang diiringi delegasi CPC dan Dr Mahathir berbincang mengenai hubungan dagangan antara kedua-dua negara selain memperkukuh hubungan dua hala, dalam pertemuan mereka yang berlangsung selama kira-kira setengah jam.

Li, yang juga Setiausaha Parti Komunis China bagi Jawatankuasa Wilayah Guangdong, dalam mesyuarat itu mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir bagi pihak Presiden China Xi Jinping berhubung pendirian beliau di tengah-tengah kemelut perang perdagangan Amerika Syarikat-China.

Li turut menyatakan bahawa di bawah kepimpinan Dr Mahathir, Malaysia akan mencapai kemajuan lebih jauh dan beliau turut menyampaikan undangan kepada Dr Mahathir untuk melawat Guangdong.

Guangdong dengan jumlah penduduk seramai 113 juta orang, mencatat jumlah Keluaran Dalan Negeri Kasar (KDNK) sebanyak US$1.5 trilion pada tahun lepas.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Duta China ke Malaysia Bai Tian dan Naib Menteri Jabatan Antarabangsa CPC, Guo Yezhou. — BERNAMA

Tinggalkan komen anda