Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Raja Songkok; Generasi Ke-2 OSM Mohd Sharif

By 2 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Shamsul Bahari Abdul Shukor (Pulau Pinang)

GEORGE TOWN, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Setiap tahun bila menjelangnya bulan Ramadhan, Haja Mohideen Mohd Shariff, 73, akan sibuk untuk menyiapkan tempahan songkok tradiosionalnya bagi memenuhi tempahan pelanggan luar dan dalam negara.

Mula mempelajari membuat songkok daripada bapanya ketika beliau berusia 12 tahun. Kini kemahiran yang dipelajarinya itu dipindahkan kepada menantunya Abdul Kader Mydin, 43 yang membantunya di kedai (OSM Mohd Shariff) yang terletak bersebelahan Masjid Nagore, Lebuh King di sini.

Haja Mohideen tekun menyiapkan songkok yang ditempah oleh pelanggannya

Haja Mohideen tekun menyiapkan songkok yang ditempah oleh pelanggannya

“Selalunya kami menerima tempahan pelbagai jenis songkok sebulan sebelum bermulanya Ramadhan dan setiap tahun dianggarkan lebih daripada 700 tempahan dihasilkan bagi memenuhi permintaan.”

Kedua-dua mereka (bersama Abdul Kader) mampu menyiapkan 15 buah songkok sehari dalam masa sekurang-kurangnya 13 jam dan kebanyakkan dihantar kepada peniaga di Kuala Lumpur, Melaka dan  selain tempahan individu.

Beliau berkata kebanyakkan songkok yang berada di pasaran kini dibuat dengan menggunakan mesin  dan boleh dikeluarkan dalam kuatiti yang banyak namun kualitinya berbeza dengan hasil tangan.

Hari ini pembuatan songkok secara tradisional adalah perusahaan yang semakin berkurangan dan tinggal hanya sebilangan kecil pembuat songkok yang meneruskan tradisi ini.

Beliau teliti dalam setiap songkok yang dihasilkan

Beliau teliti dalam setiap songkok yang dihasilkan

Haja Mohideen berkata, proses membuat songkok bermula dengan rangka dalam yang dibuat  daripada 18 lapisan, terdiri daripada kertas surat khabar yang dijahit dengan satu lapisan kertas coklat dan lapisan kain.

“Ianya kemudian dipotong menjadi bentuk bujur untuk bahagian atas, mengikut saiz lulitan kepala sementara rangka berbentuk segi empat tepat daripada bahan yang sama yang digunakan untuk membuat bahagian tepi songkok, Proses mencantumkan rangka atas yang bujur dengan rangka tepi songkok harus dilakukan dengan teliti.” katanya.

Menurutnya lagi kebanyakkan pelanggannya menggemari songkok baldu hitam dan biru. Bahan mentah untuk pembuatan songkok seperti baldu ditempah khas dari Korea dan Jepun, manakala untuk Tarbus pula diperolehi dari India.

Harga bagi setiap songkok yang dihasilkan bermula daripada RM20 hingga RM30 bergantung kepada saiz dan jenis baldu yang dipilih pelanggan.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda