Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Guna Aplikasi VSP Maklum Polis

By 2 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haji Zanizal Zamani/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

KEPALA BATAS, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Polis Daerah Seberang Perai Utara menasihatkan kepada pemilik kediaman atau premis yang akan pulang berhari raya di kampung halaman supaya memaklumkan kepada pihak polis dengan menghantar Borang Balik Kampung yang boleh didapati di balai-balai polis berhampiran atau melalui portal Rasmi Polis Diraja Malaysia di laman sesawang http://www.rmp.gov.my.

Selain daripada itu maklumat ini juga boleh disalurkan melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dengan memuat turun menggunakan telefon bimbit melalui aplikasi Play Store untuk pengguna Android manakala Apple Store bagi pengguna Iphone.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy bin Mohd Noor, berkata demikian dalam sidang media di Plaza Tol Bertam sempena Kempen Keselamatan Jalanraya : Op Selamat 15/2019 sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri di sini pagi tadi.

Pemakluman ini juga boleh disalurkan menerusi Hotline 999 yang merupakan satu mekanisma penyaluran maklumat yang dibentuk oleh PDRM untuk menggalakan kerjasama masyarakat dalam usaha memerangi jenayah.

Menurutnya lagi, konsep rondaan pencegahan jenayah di taman-taman perumahan juga akan dipertingkatkan anggota balai dan anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Rondaan BIT dan lain-lain elemen akan bertindak sebagai tunjang utama untuk memantau rumah dan premis yang ditinggalkan. Selaras dengan tema OP Selamat ke 15 kali ini “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi”.

Tinggalkan komen anda