Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Shafie Terima Kunjungan Hormat Pengarah Penerangan Sabah

By 11 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jeanne J Som/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, hari ini.

Menurut Norzawiyah, kunjungan tersebut diadakan bertujuan bagi memberi taklimat ringkas berkenaan Program Sepakat Malaysia Baharu HarapanKu Peringkat Negeri Sabah 2019.

Shafie (kanan) mendengar penjelasan dari Norzawiyah (kiri).

Shafie (kanan) mendengar penjelasan dari Norzawiyah (kiri).

Selain itu, beliau turut menyampaikan undangan kepada Shafie bagi merasmikan program tersebut yang akan diadakan dari 5 hingga 7 Julai nanti di salah sebuah kompleks membeli belah terkemuka di sini.

“Antara pengisian program adalah Pameran Kenegaraan yang memaparkan kejayaan-kejayaan dan inisiatif-inisiatif kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan di Sabah selepas setahun pemerintahan sempena sambutan Hari Kebangsaan selari untuk membina semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat.

“Di samping itu, pelbagai acara turut diadakan antaranya Pertandingan Pengisahan Kenegaraan, Pertandingan Pidato Kenegaraan dan Pertandingan Bintang Patriotik Peringkat Negeri Sabah,” katanya ketika ditemui sejurus kunjungan tersebut.

Norzawiyah (kiri) menerangkan kertas kerja mengenai 'Program Sepakat Malaysia Baharu Harapan Ku' kepada Shafie (kanan).

Norzawiyah (kiri) menerangkan kertas kerja mengenai ‘Program Sepakat Malaysia Baharu Harapan Ku’ kepada Shafie (kanan).

Dalam pertemuan kira-kira 45 minit itu, Norzawiyah turut berkesempatan membincangkan mengenai pelantikan EXCO Penerangan Sabah selain cadangan penubuhan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) sebanyak 145 buah diseluruh negeri ini yang merupakan entiti badan bukan kerajaan di bawah kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia.

Hadir bersama dalam kunjungan tersebut adalah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), Wasrin Jakaria; Penolong Pengarah Kempen, Marklin Brunei dan Penolong Pengarah Komunikasi Visual, Gregory Chai.

-EM

Tinggalkan komen anda