Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Agensi Kerajaan Perlu Turun Padang

By 28 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ramasamy Amas / Siti Noorezrin Mahmod (Jempol)

 

JEMPOL, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Agensi kerajaan yang bersandarkan perkhidmatan perlu turun padang dan meneliti masalah rakyat dan sama-sama menyelesaikan masalah tersebut secara bersepadu. Perkara ini disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong yang juga merupakan ADUN Kawasan Bahau ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutup Karnival Moh Sihat dan Sentuhan Rakyat 2019 di Dataran Majlis Perbandaraan Daerah Jempol, Jumaat lalu.

Teo Kok Seong menyampaikan ucapan.

Teo Kok Seong menyampaikan ucapan.

Teo berkata, “Pihak kerajaan negeri amat menitikberatkan masalah dihadapi rakyat yang perlu diatasi dengan segera, maka semua agensi kerajaan yang bersangkut paut dengan rakyat perlu turun padang dan melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh mereka dan perlu diatasi dengan segera ataupun dipanjangkan kepada kerajaan negeri.”

Dalam hal ini, beliau berkata, “Pihak kerajaan bercadang akan mengadakan ‘Town Hall Session’ berbentuk dialog di setiap daerah bagi mendengar masalah dan pandangan rakyat.”

Beliau juga turut menyambut baik program Karnival Jom Sihat yang berlangsung dua hari ini anjuran bersama Pejabat Penyelaras DUN Serting dan Majlis Perbandaran Jempol  kerana  telah mencapai objektif dan memberi banyak manfaat kepada masyarakat setempat.  Antara pengisian program Jom Sihat ialah saringan kesihatan seperti pemeriksaan pap smear, pemeriksaan klinikal payudara oleh Klinik Kesihatan Bandar Baru Serting, pemeriksaan mamogram oleh Majlis Kanser Nasional dan pemeriksaan gigi dan kempen derma darah.

Selain itu, turut diadakan promosi My TNB, rebat TNB RM40 bagi pengguna yang layak, pendaftaran i-Suri, kuanter bayaran PTPTN dan kaunter pendaftaran e-kasih.

Teo bersama Raja Norazli melawat gerai masakan menu sihat.

Teo bersama Raja Norazli melawat gerai masakan menu sihat.

Sementara itu, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Jempol, Raja Norazli Raja Nordin yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Karnival Moh Sihat berkata, aspek pencegahan lebih baik daripada mengubati perlu diterapkan kepada segenap lapisan masyarakat.

Tambah beliau lagi, Majlis Perbandaran Jempol akan sentiasa bersiap sedia dalam membantu segala agenda yang menekankan aspek kesihatan bagi melahirkan warga kerja serta masyarakat yang lebih sihat secara fizikal dan mental.

Turut hadir ke majlis ini Pegawai Penyelaras DUN Serting, Abdul Rahman Ramli dan Penyelaras DUN Jeram Padang, S.Musliadi Sabtu dan Ahli Ahli Majlis Perbandaran Jempol.

-KN

Tinggalkan komen anda