Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Produk Pelancongan Baharu Jasin, Promosi Tahun Melawat Melaka

By 28 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

JASIN, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Program Pesta Lampu Sungai Rambai dan Karnival Jualan Riuhnya Sungai Rambai anjuran Pertubuhan Baitul Abrar Malaysia yang diadakan bermula 25 Julai hingga 4 Ogos menjadikan kalendar Tahun Melawat Melaka bagi tahun ini semakin menarik.

Program ini adalah salah satu langkah kerajaan dalam memperkasakan lagi sektor pelancongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dengan mewujudkan pelbagai produk pelancongan baharu yang bakal menarik pelancong dari dalam dan luar negara hadir ke sini.

Adly Zahari melancarkan Pesta Lampu Sungai Rambai.

Adly Zahari melancarkan Pesta Lampu Sungai Rambai.

Ketua Menteri,  Adly Zahari berkata, Melaka sememangnya terkenal sebagai sebuah pusat pelancongan terulung di Malaysia, inisiatif sebegini mampu memberi sumbangan besar dalam membangunkan Melaka yang berdaya saing melalui beberapa pendekatan baru dalam sektor pelancongan kerana kawasan DUN Sungai Rambai terutama di Pusat Komuniti Desa yang terletak jauh daripada kawasan tumpuan pelancong.

“Langkah sebegini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi peniaga melalui aktiviti perniagaan serta dapat memasarkan pelbagai produk kepada pelancong yang hadir ke negeri Melaka,” ujarnya yang turut merasmikan pelancaran pesta ini.

Penduduk tempatan, Md Zabidi Abd Majid, 45, berbangga menjadi sebahagian pengunjung di program tersebut kerana program seperti ini julung kali diadakan di daerah Jasin dan berpendapat jika program dapat diadakan di setiap DUN, sedikit sebanyak dapat menjana ekonomi penduduk.

Turut hadir penyelaras Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Sungai Rambai,  Azalina Abdul Rahman, Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hasan, barisan kepimpinan masyarakat daerah Jasin dan ketua-ketua jabatan daerah Jasin.

-KN

Tinggalkan komen anda