Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Dekati Rakyat dan Agensi Kerajaan

By 22 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

JASIN, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Langkah Kerajaan Negeri menjadikan Program Hari Bertemu Rakyat Perdana sebagai program bulanan adalah satu inisiatif baik kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terus kepada rakyat.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, sebagai barisan hadapan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka, pelbagai program penerangan dan taklimat diberikan supaya rakyat tidak keliru dengan segala usaha yang telah dilakukan kerajaan.

Ahmad Shahir Md Ismail.

Ahmad Shahir Md Ismail.

Katanya lagi, program yang diadakan di Dewan Alamanda Jasin ini telah berjaya menghimpunkan lebih 20 agensi dan lebih 500 orang pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur menunjukkan rakyat memahami cara untuk menyalurkan maklumat serta persoalan dan ini membuktikan penyampaian agensi kerajaan semakin baik.”

Penjawat awam, Dzulkhibri Ab Rahim, 39, berkata, program ini dapat memberi peluang kepada agensi terlibat mempromosi dan dapat bertindak melalui aduan secara terus daripada rakyat secara terbuka.

Menurut seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital kerajaan, Ahmad Shahir Md Ismail, 31, pertanyaan berkenaan semakan isu biasiswa yang ditukarkan kepada pinjaman telah mendapat perhatian sewajarnya oleh Ketua Menteri, segala persoalan akan dapat diselesaikan sebaiknya melalui perjumpaan seperti ini.

Program ini turut di hadiri oleh barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka dan Persekutuan serta barisan kepimpinan masyarakat.

-KN

Tinggalkan komen anda