Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Jemaah Haji Dinasihati Minum Air Cukup

By 1 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Pai Syahira Yahya (Pahang)

KUANTAN, 1 Jul (Malaysiaaktif) – “Jemaah haji diingatkan supaya minum air mencukupi sepanjang berada di Arab Saudi bagi mengelakkan berlakunya strok haba,” ujar Timbalan Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Fuziah memberi peringatan tersebut ekoran jangkaan cuaca panas di negara itu dengan suhu mencecah 50 darjah Celsius.

“Semua jemaah haji terlibat khususnya wanita perlu membuat persediaan rapi bagi menghadapi cuaca panas di negara itu, seperti menyediakan baju daripada kain kapas yang serap peluh dan membawa pakaian-pakaian yang sesuai.”

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk dan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Majlis Jalinan Muhibah Aidilfitri Peringkat Negeri Pahang di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran RTM Pahang.

Dilaporkan seramai 30,200 jemaah haji termasuk 255 petugas perubatan akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Kumpulan pertama jemaah haji akan berangkat ke tanah suci pada 4 Julai ini menggunakan Malaysia Airlines (MAS) dan syarikat penerbangan Saudi, Flynas.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Baharin Idris.

-KN

Tinggalkan komen anda