Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Kebudayaan Kaum Teras Produktiviti Negara

By 14 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Chemor)

CHEMOR, 14 Jul ( Malaysiaaktif ) – Kerajaan negeri Perak menyokong penuh aktiviti yang menyumbang pembangunan rakyat khususnya masyarakat setempat.

Pegawai Khas Parlimen Tambun Baddrul Halim Abdul Wahab, berkata kerajaan negeri khususnya Parlimen Tambun menyambut baik program yang mewujudkan penglibatan pelbagai lapisan umur dan kaum.

“Penglibatan masyarakat Cina dalam aktiviti pembangunan sosial dilihat dapat membantu menjadi tauladan kepada kaum lain untuk sama-sama mewujudkan sikap produktif tidak kira peringkat umur.

“Pendekatan sebegini bukan sahaja dapat meningkatkan gaya hidup aktif masyarakat, malah dapat merapatkan hubungan antara golongan belia dengan warga yang lebih matang,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Presiden Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Pei Cheng, Chek Kwong Weng, berkata penganjuran Pertandingan Lagu China Terbuka Negeri Perak ini secara tidak langsung dapat menyemarakkan kembali nilai kebudayaan masyarakat Cina.

Program sebegini turut dapat mengetengahkan bakat individu dalam bidang keseniaan kerana selain menyanyi ada juga elemen-elemen pementasan yang ringan.

“Tujuan program ini dianjurkan juga adalah untuk mewarnai lagi kebudayaan Malaysia yang pelbagai amnya dan khususnya kaum Cina di negeri Perak.

“Setiap bangsa mempunyai tanggungjawab dalam meneruskan kebudayaan masing-masing,” katanya.

Seorang peserta program, Lau Chwang Ming, 46, berkata selain dapat mengasah bakat, pendekatan program ini berjaya membina masyarakat yang produktif selain dapat berjumpa dengan peserta dari seluruh negeri untuk saling bertukar-tukar pandangan dan kebolehan.

-SH

Tinggalkan komen anda