Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kembara Minda Kelab Malaysiaku Kota Bharu Terokai ‘Cakerawala’

By 24 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kelantan telah mengadakan Program Kembara Minda ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu pada 18 Julai 2019.

Program ini melibatkan 13 Kelab Malaysiaku dengan penyertaan 47 orang pelajar serta 23 guru penyelaras Kelab Malaysiaku seluruh Daerah Kota Bharu.

Di samping melawat Pusat Sains dan Kreativiti, peserta juga didedahkan dengan persekitaran di sepanjang perjalanan, khususnya berkaitan budaya dan cara hidup masyarakat Terengganu.

Menurut Raymond Paul Corry, 19, dari SMJK Chung Hwa Kota Bharu, beliau teruja mengikuti program ini kerana berpeluang menyaksikan sendiri simulasi dan dokumentasi mengenai angkasa dalam bentuk 3D yang dipancarkan di kubah Pusat Sains dan Kreativiti Kuala Terengganu.

Di samping itu, beliau serta peserta lain dapat melihat pelbagai hasil penyelidikan R&D berkaitan mineral dalam bidang sains yang turut dipamerkan untuk tatapan para pengunjung.

Ahli-ahli Kelab Malaysiaku juga dapat merasai sendiri pengalaman menjelajah secara virtual ke angkasa lepas yang dipenuhi bintang, planet meteor serta pelbagai objek yang berada dalam sistem cakerawala.

Atirah Hussin, 15, dari SMK Ketereh berkata aktiviti begini dapat membuka minda pelajar serta berpeluang berinteraksi dengan rakan-rakan baharu dari pelbagai sekolah, selain memupuk semangat perpaduan dan sayangkan negara.

Para pelajar dan guru diberi pendedahan hasil penyelidikan R&D Mineral dalam bidang Sains dan Teknologi.

Para pelajar dan guru diberi pendedahan hasil penyelidikan R&D Mineral dalam bidang Sains dan Teknologi.

Menurut Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku dari SMK Long Gafar, Yusniyah Yaakub, 49, berkata melalui aktiviti seumpama ini pelajar berpeluang menerokai pengetahuan baharu serta menggalakkan proses interaksi dan sosialisasi dalam kalangan mereka yang datang dari sekolah berbeza.

Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu turut dilangsungkan sesi interaksi santai seperti berbalas pantun spontan, tips pengucapan awam secara tidak formal serta soal jawab kuiz kenegaraan.

Selain daripada Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, peserta Kembara Minda Kelab Malaysiaku juga berpeluang mengunjungi Jambatan Angkat yang merupakan mercu tanda baharu negeri Terengganu serta Pasar Payang.

-NAZ

Tinggalkan komen anda