Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kerjasama Pemain Industri, Universiti Baik untuk Pertumbuhan Ekonomi

By 24 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sahiman Rahman/ Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusuf Yaacob berkata, kerjasama pemain industri – universiti (IUC) diperlukan agar pertumbuhan ekonomi berupaya melangkah lebih jauh.

Usaha ini dilihat amat baik kerana perniagaan berteraskan penyelidikan dan pengajaran mampu mengkomersialkan pengetahuan akademik.

Jenifer ketika menyampaikan teks ucapan perasmian majlis.

Jenifer ketika menyampaikan teks ucapan perasmian majlis.

“Pendekatan kolaborasi industri-universiti dilihat sebagai amat bermakna oleh ramai sarjana untuk lebih berdaya saing, banyak faedah-faedah IUC dalam industri seperti memperolehi kepakaran minda yang berpusat di universiti melalui penyelidikan teknologi dan penyelidikan infrastruktur.

“Melalui IUC, universiti bukan sahaja mendapat manfaat daripada pembiayaan tambahan atau akses kepada peralatan industri, malah pembiayaan daripada organisasi antara bangsa dan perusahaan perniagaan untuk kegunaan penyelidikan dan pembangunan di universiti akan menjadi sumber pendapatan yang penting.

“Kita perlu meningkatkan pakej universiti dan memberi pendedahan sebenar kepada spesifikasi industri kepada para pelajar supaya mereka dibimbing oleh profesional di samping memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang betul.

“Saya berharap selepas program ini, akan lebih banyak ruang untuk mengadakan kerjasama dengan pihak industri dan universiti pada masa akan datang,” katanya.

SIMBOLIK...Jenifer (tengah) memalu gong sambil diperhatikan oleh Vina (kiri), Dr. Raman (dua dari kanan) dan Dr. Rini (kanan).

SIMBOLIK…Jenifer (tengah) memalu gong sambil diperhatikan oleh Vina (kiri), Dr. Raman (dua dari kanan) dan Dr. Rini (kanan).

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Perniagaan (ICoBS) 2019, pada Rabu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Jennifer Lasimbang.

Beliau turut berharap persidangan selama dua hari itu dapat menghasilkan penemuan baharu yang boleh memberikan impak yang positif kepada golongan pembuat dasar, pengamal dan penyelidik IUC seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Turut hadir ialah Dekan Fakuliti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah(UMS) , Prof. Dr. Raman Noordin; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi –FPEP) UMS, Dr. Rini Suryati Sulong dan Pendaftar UMS, Vina Zahriani Yusof.

Jenifer menerima cenderahati yang disampaikan oleh Dr. Raman sambil disaksikan Dr. Rini (kanan) dan Vina (kiri).

Jenifer menerima cenderahati yang disampaikan oleh Dr. Raman sambil disaksikan Dr. Rini (kanan) dan Vina (kiri).

Sebanyak 78 kertas kerja akan di bentangkan dalam ICoBS yang berlangsung di UMS selama dua hari bermula Rabu hingga 25 Julai.

Persidangan tersebut disertai 100 peserta yang terdiri daripada ahli akademik dari lapan buah negara iaitu Malaysia, Pakistan, India, Oman, Nigeria, Sudan, New Zealand, Indonesia, Mexico dan China.

ER

Tinggalkan komen anda