Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerjasama Pintar Antara Jabatan Lengkapkan Penyampaian Maklumat – Suriani

By 25 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Kerjasama pintar, perkongsian dan pertukaran maklumat antara jabatan atau kementerian mampu melengkapkan jabatan kerajaan sebagai ejen penyampai maklumat yang cekap dan berkesan melalui pendekatan komunikasi menyeluruh.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Suriani Ahmad, sehingga kini KKMM telah melaksanakan beberapa siri taklimat yang melibatkan penerangan mengenai Isu Tabung Haji, Penyususnan Semula Felda, Jenayah Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan serta Jenayah Siber.

“Hari ini kita mengadakan Taklimat Bantuan Sara Hidup (BSH), Skim Perlindungan Kesihatan Nasional B40 (mySalam) dan Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 (Peka B40) dalam menyebar luaskan fakta sebenar.

“Taklimat ini sebagai salah satu daripada tanggungjawab kementerian dalam melaksanakan tindakan agenda promosi dan publisiti nasional bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan dan memberikan bantuan kewangan dan penjagaan kesihatan khususnya kepada golongan kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40),” katanya merasmikan sesi Taklimat Isu Semasa siri 3 KKMM, di sini hari ini.

Suriani turut mengulangi komitmen kementeriannya dalam usaha memberi penerangan, penjelasan dan kefahaman kepada masyarakat keseluruhannya mengenai program atau dasar-dasar kerajaan.

“Bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian, KKMM membuat hebahan holistic melalui kombinasi medium elektronik, komunikasi bersemuka, medi dalam talian, portal berita dan media sosial,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda