Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kempen Keceriaan Bulan Kebangsaan Bermula

By 25 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Negeri Melaka sedang menganjurkan Pertandingan Kecerian Bulan Kebangsaan Tahun 2019 bermula 1 Julai hingga 31 Julai.

Antara kreativiti peserta menghasilkan miniatur Menara Bekembar Petronas.

Antara kreativiti peserta menghasilkan miniatur Menara Bekembar Petronas.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Mohd Rizal Hashim, penganjuran program ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia mengikut kategori-kategori yang telah ditetapkan.

“Katagori yang dipertandingkan ialah bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung tradisional / kampung baru Cina / kawasan estet/ FELDA,  sekolah menengah, sekolah rendah, taman perumahan, individu, pintu gerbang dan institutsi pengajian tinggi.

“Objektif pertandingan ini diadakan adalah bagi meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi melalui pengibaran Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 di samping dapat meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia lantas mendorong dan mencetuskan kreativiti rakyat dalam menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan,”ujarnya.

Penilaian peringkat negeri akan bermula pada 25 Ogos hingga 4 September 2019 dan penilaian peringkat kebangsaan akan dilaksanakan bermula 12 hingga 22 September 2019.

Borang penyertaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Penerangan, www.penerangan.gov.my

-KN

Tinggalkan komen anda