Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pesara Digalak Aktif – Borhan

By 27 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:Asmidar Zainol /Ahmad Sarujin Seting(Kota Kinabalu) 

SEMPORNA, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Pesara perkhidmatan awam digalak aktif selepas meninggalkan alam pekerjaan.

Abdul Fatah (kanan) berkongsi pengalaman bersama Borhan (kiri).

Abdul Fatah (kanan) berkongsi pengalaman bersama Borhan (kiri).

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, para pesara boleh memilih bidang yang diminati untuk diusahakan selain dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran. 

“Ramai menyangka pesara hanya bersara dari perkhidmatan awam sahaja, tetapi sebenarnya mereka masih produktif dan aktif menyumbang kepada masyarakat terutamanya kepada komuniti setempat. 

Borhan (kiri) berbual mesra dengan Bunga Jaya (tengah).

Borhan (kiri) berbual mesra dengan Bunga Jaya (tengah).

“Seperti hari ini, terdapat para pesara yang terlibat dengan keusahawanan dalam ternakan kambing dan kelulut di sekitar sini. 

“Kita memang menggalakkan pesara-pesara untuk terus aktif menyumbang dan saya percaya ia bukan hanya untuk menjana pendapatan semata-mata tetapi untuk terus kekal aktif dalam komuniti. 

Borhan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Ammahari Rahali, Mahajiayah (kanan).

Borhan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Ammahari Rahali, Mahajiayah (kanan).

“Secara tidak langsung, mereka dapat kekal bertenaga dan mengamalkan gaya hidup sihat,” ujarnya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja sempena Program Pesara Care: Menyantuni Pesara Uzur dan Program Lawatan Tapak Projek Usahawan Argopreneur, pada Jumaat. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP],  Syed Hamadah Othman memaklumkan Anugerah Ikon Pesara akan diadakan pada Oktober nanti bagi mengiktiraf peranan pesara dalam komuniti.  

Ammil (kiri) menerangkan kepada Borhan (tengah) dan Rosslina (kanan) kaedah mengisap madu secara terus dari sarang kelulut.

Ammil (kiri) menerangkan kepada Borhan (tengah) dan Rosslina (kanan) kaedah mengisap madu secara terus dari sarang kelulut.

“Kita akan pilih dan saring usahawan-usahawan berjaya dari kalangan pesara berdasarkan tiga bidang iaitu Pendidikan, Sosial dan Pembangunan Komuniti serta Keusahawanan. 

“Kita menjemput mereka yang layak untuk menghantar pencalonan sebelum atau pada 9 Ogos ini. 

Borhan (kanan) dan Ammil (kiri) menunjukkan produk madu kelulut yang telah dibotolkan.

Borhan (kanan) dan Ammil (kiri) menunjukkan produk madu kelulut yang telah dibotolkan.

“Anugerah akan disampaikan semasa Karnival Rasa Sayang di Stadium Shah Alam pada 5 Oktober nanti dan dijangka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan anugerah itu. 

“Untuk maklumat lanjut berkenaan anugerah tersebut, orang ramai boleh menghubungi urusetia di 0321748000 atau email [email protected],” jelasnya.

Rombongan semasa melawat Ladang Ternakan Kambing Melikan Enterprise.

Rombongan semasa melawat Ladang Ternakan Kambing Melikan Enterprise.

Pada lawatan berkenaan, Borhan dan rombongan mengadakan kunjungan kepada  guru bersara, Bunga Jaya Ab Rahmat, 68 dan Abdul Fatah Ajuram, 73 selain menziarah balu Allahyarham Ammahari Rahali, Mahajiayah Dahali yang telah meninggal dunia akibat kanser kolon, empat hari sebelum kunjungan. 

Rombongan turut mengadakan lawatan ke Ladang Ternakan Kambing Melikan Enterprise yang diusahakan oleh Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sabah Cawangan Semporna, Minduru Mohd Noor dan Perusahaan Madu Kelulut oleh pesara tentera, Ammil Hassan Anggari.

Rombongan semasa melawat Ladang Ternakan Kambing Melikan Enterprise.

Rombongan semasa melawat Ladang Ternakan Kambing Melikan Enterprise.

Hadir bersama dalam program berkenaan adalah ?Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Rosslina Ahmad Mokhtar; ?Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, Datuk Teo Khian How dan Pegawai Kemajuan Negeri Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM), Datuk Ruji Ubi.

ER

Tinggalkan komen anda