Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pupuk Perwatakan Nasional Melalui Rukun Negara

By 27 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

IPOH, 27 jul (Malaysiaaktif) – seramai 15 pasukan mewakili setiap negeri berentap pada pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat kebangsaan 2019 yang berlangsung di Auditorium Kompleks Sultan Nazrin Muizzudin Shah di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dalam ucapan perasmiannya berkata, Rukun Negara merupakan identiti kepada setia rakyat malaysia sejak diperkenalkan pada 31 Ogos 1970.

Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia ketika menyampaikan ucapan perasmian beliau

Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia ketika menyampaikan ucapan perasmian beliau

“Rukun Negara yang telah diperkenalkan pada 31 Ogos 1970, merupakan peranti sosio budaya mengenai kehidupan rakyat Malaysia, yang berkongsi sejarah negara, tradisi dan nilai sepunya, yang perlu dihayati dan diamalkan oleh kita semua sebagai rakyat Malaysia.

“tidak terlambat bagi kita semua untuk mengangkat dan digemblengkan Prinsip-prinsip Rukun Negara, bagi tujuan pemupukan perwatakan nasional dalam kalangan warga Malaysia khususnya generasi muda”. Tambah beliau.

Datuk Suriani Ahmad (dua dari kiri) Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) turut hadir menyaksikan pertandingan saringan

Datuk Suriani Ahmad (tengah) Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) turut hadir menyaksikan peringkat saringan yang berlangsung tadi

Pertandingan kali ini merupakan kali pertama di pertandingkan di peringkat kebangsaan yang sebelum ini hanya di pertandingkan peringkat negeri masing-masing, 15 pasukan mewakii 13 Negeri dan dua Wilayah Persekutuan berentap pada tahun ini.

Pertandingan dibagikan kepada dua hari iaitu peringkat sariangan diadakan pada hari ini dan lima pasukan terbaik akan berentap sekali lagi pada pusing akhir yang akan berlangsung pada esok hari di Dewan Seri Perdana Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah dan akan dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu.

Antara babak lakonan daripada wakil negeri perlis membawa tajuk Jikey Baru Rukun Negara

Antara babak lakonan daripada wakil negeri Perlis membawa tajuk ‘Jikey Baru Rukun Negara’

Pertandingan Sketsa Rukun Negara adalah program tahunan Jabatan Penerangan Malaysia, pertandingan ini berkonsepkan seni lakonan dan penceritaan dengan kaedah pemujukan yang menggabungkan kesemua kaedah komunikasi yang bermatlamatkan membentuk minda masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar untuk bersatu padu, meningkatkan semangat patriotik, bestari dan cintakan Negara.

Pertandingan Ini juga merupakan salah satu pengisian bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

ER

Tinggalkan komen anda