Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Skim Rumah Mesra Milik Bantu Golongan B40 Miliki Rumah

By 27 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Asmah Mat Ali (Ipoh)

IPOH, 27Jul (Malaysiaaktif) – Rumah merupakan salah satu daripada keperluan asas hidup manusia, namun harga hartanah itu yang sentiasa meningkat menyukarkan golongan B40 untuk memilikinya.

Menyedari kesulitan ini, Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama syarikat pembangunan hartanah MK Land Holding melalui anak syarikatnya Naluri Maju Jaya membangunkan Rumah Mesra Milik di Gopeng dengan harga pasaran RM100,000.

Menurut Pengurus Besar Kanan MK Land Holding Norida Abu Kassim, seramai 300 pemohon hadir adalah pemohon yang telah lulus tapisan pertama melalui pendaftaran dalam talian yang diselia oleh Lembaga Perumahan Hartanah Perak.

Norida (kanan berdiri) bersama-sama Kakitangan MK Land sewaktu pendaftaran pemohon, di sini.

Norida (kanan berdiri) bersama-sama Kakitangan MK Land sewaktu pendaftaran pemohon, di sini.

“Kalangan pemohon yang hadir pada majlis pemeriksaan kelayakan rumah mesra milik ini kebanyakannya terdiri daripada golongan peniaga kecil kecilan, nelayan dan petani.

“Bukan mereka ini tidak berkemampuan untuk membayar komitmen pinjaman, cuma syarat bank yang memerlukan penyediaan pelbagai dokumen terutamanya melibatkan slip gaji menyukarkan permohonan pinjaman mereka,” katanya yang ditemui sempena Majlis Pendaftaran Kelayakan Rumah Mesra Milik, di sini hari ini.

Golongan ini yang bekerja sendiri sememangnya tidak memiliki slip gaji yang diperlukan sebagai syarat asas permohonan biasa melalui bank-bank.

Syarat tambahan dikenakan dalam permohonan skim ini di mana pemohon haruslah tidak pernah memiliki rumah dan berpendapatan bulanan di bawah RM3000 sebulan.

Program ini turut disertai oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan juga Bank Simpanan Nasional (BSN) yang turut membantu memastikan kelancaran pemeriksaan kelayakan pemohonan skim perumahan ini.

Menurut Norida lagi, kehadiran AKPK adalah untuk membantu pemohon mengesan sama ada mereka tersenarai dalam CTOS Data Systems Sdn . Bhd (CTOS) dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

“Sekiranya mereka masih berminat untuk memyertai skim ini, mereka boleh memohon pinjaman menggunakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang dibawakan oleh BSN.

“SJKP adalah skim jaminan kredit perumahan yang dikhususkan kepada golongan B40 bagi membantu memudahkan mereka mendapatkan pinjaman perumahan seterusnya memiliki rumah idaman,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda