Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Program B2C Mampu Tingkat Pertumbuhan Pelancong Domestik

By 26 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Roshidayah Idris / Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Program berkonsepkan perniagaan kepada pengguna (B2C) seperti Tourism Malaysia Travel Fair mampu meningkatkan pertumbuhan pelancongan domestik.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pelancong domestik turut menjana pendapatan industri pelancongan negara yang mana ia mampu membantu industri pelancongan negara untuk terus kekal bertahan sekiranya aliran kemasukan pelancong antarabangsa terjejas.

“Sejumlah RM78.2 juta pelancong domestik telah direkodkan pada tahun 2018 dengan pertumbuhan sebanyak 10.9peratus daripada tahun sebelumnya manakala perbelanjaan pelancongan domestik merekodkan pertumbuhan setinggi 11.7 peratus  pada tahun 2018 dengan RM60.4 bilion

Marsha Milan Londoh (kanan) bersama salah seorang pengunjung turut mempromosikan Logo Visit Malaysia Truly Asia 2020.

Marsha Milan Londoh (kanan) bersama salah seorang pengunjung turut mempromosikan Logo Visit Malaysia Truly Asia 2020.

“Selain dari inisiatif mengadakan pameran yang mempromosikan pelancongan, kerajaan juga telah melancarkan bantuan peruntukan Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN MALAYSIA) untuk mempergiatkan lagi industri pelancongan Malaysia.

“Dana pelancongan khas berjumlah RM5 juta yang diperuntukkan bertujuan untuk membantu sektor-sektor swasta yang terlibat dalam pelancongan bagi program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa,” katanya.

Tambahnya lagi, dana tersebut diberikan bagi merancakkan pelancongan domestik disamping meningkatkan ketibaan pelancong antarabangasa.

“Usaha mengadakan program Tourism Malaysia Travel Fair ini adalah tepat pada masanya kerana negara sedang giat menjalankan kempen Melawat Malaysia (2020) yang mensasarkan 30 juta pelancong asing dengan penjanaan pendapatan negara sebanyak RM100 bilion,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada Tourism Malaysia Travel Fair Sabah 2019 di sini, pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaikan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau.

Ahmad Shah menjelaskan tujuan program Tourism Malaysia Travel Fair Sabah 2019 kepada para media.

Ahmad Shah menjelaskan tujuan program Tourism Malaysia Travel Fair Sabah 2019 kepada para media.

Dalam ucapannya juga, Mohamaddin berharap agar seluruh masyarakat di negeri ini membantu mempromosikan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 di platform media sosial bagi menyahut saranan Perdana Menteri yang mahu seluruh rakyat terlibat sebagai sebuah misi nasional.

Seramai 40 pengusaha pelancongan yang terdiri daripada 32 ejen pelancongan, empat pengusaha produk dan tiga syarikat penerbangan menyertai pameran yang berlangsung selamat tiga hari bermula Khamis.

Selain pameran dan jualan para pengunjung juga di hidangkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya kuiz pelancongan dan permainan mini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) LPPM, Zulkifly Md.Said; Ahli Lembaga Pengarah LPPM, Datuk Seri Dr Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood; Pengarah Kanan (Domestik dan Acara) LPPM, Dato Ammar A.Ghapar serta Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang.

ER

Tinggalkan komen anda