Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pusing Gila 2.0 Perlis Terokai Tempat Menarik

By 13 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 13 Jul (Malaysiakatif) – Lebih daripada 60 orang peserta menyertai program Pusing Gila 2.0 Perlis yang bermula hari ini dan berakhir esok.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling, yang merasmikan pelepasan peserta di Perkarangan Taman Rekreasi Gua Sami pada pagi tadi menjelaskan bahawa acara ini bertujuan untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik di Negeri Perlis dan juga sektor-sektor pertanian yang terdapat di sini.

“Ini merupakan penganjuran kali kedua Pusing Gila Perlis selepas ia dilaksanakan pada September tahun lepas.

“Para peserta akan bergerak di dalam beberapa kumpulan dan perlu mengelilingi beberapa tempat menarik di negeri ini bagi menyelesaikan beberapa tugasan yang telah diberikan,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Menurut Ay Ling lagi, para peserta terutamanya yang bukan berasal dari negeri ini juga boleh diibaratkan sebagai duta dalam mempromosikan Negeri Perlis kepada kenalan mereka atau di media sosial apabila pulang nanti.

“Saya pun turut menyertai aktiviti ini dan sedikit sebanyak, saya akan memberi penerangan kepada mereka mengenai tempat menarik di negeri ini dan pada esok hari, Jabatan Pertanian Negeri Perlis akan memberi taklimat kepada para peserta,” jelasnya lagi.

Program ini turut mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Pejabat Pelancongan Negeri Perlis.

-SH

Tinggalkan komen anda